Macam mana nak tetapkan harga jualan produk yang dah wujud di pasaran dengan betul?
Mari baca perbualan di bawah.
A: Kos produk saya RM20. Tuan rasa saya patut jual berapa? Orang kata saya patut jual 2 kali ganda dari harga kos. Betul ke?
B: Harga jualan tiada kena mengena dengan kos. Harga jualan ialah berapa yang pelanggan sanggup bayar.
Puan tentukan sendiri berapa banyak untung yang puan mahu. Boleh saya tahu apa puan jual?
A: Saya jual XXX.
B: Berapa harga jualan penjual lain untuk produk XXX?
A: Kebanyakannya jual RM40. Ada yang jual lagi mahal macam RM50-RM60. Tapi ada juga jual murah RM30 je.
B: Kalau begitu kerja puan lebih mudah. Sebab sudah ada harga penjual lain untuk dijadikan panduan. Senaraikan harga penjual lain.
Kemudian senaraikan apa kelebihan atau nilai tambah yang diberi penjual lain.
A: Okay. Kemudian?
B: Kemudian puan pilih nak ikut harga jualan terendah atau tertinggi. Katakan harga paling rendah RM30.
Dengan keuntungan kasar RM10 cukup ke untuk tanggung kos operasi bisnes puan?
Kalau puan jual harga tinggi RM60, apa sebab pelanggan sanggup beli?
A: Oh macam tu..
B: Selalunya nak senang orang akan ikut jual harga terendah. Dengan cara ni kita akan dapat rebut sama pasaran produk XXX. Mudah untuk dapat ramai pelanggan.
Kalau puan nak jual dengan harga tertinggi, cuba tengok penjual lain yang jual harga begini. Apa nilai tambah yang mereka bagi? Boleh puan bagi nilai tambah yang lebih baik?
Kalau boleh, cantik! Puan punya keuntungan daripada setiap seorang pelanggan lebih tinggi.
Pelanggan mungkin tak ramai macam penjual yang jual harga rendah. Tapi keuntungan keseluruhan mungkin lebih kurang sama je dengan mereka.
Nk belajar tetapkn harga jualan