Katakan anda jual X.
Harga jualan X adalah RM140 seunit.
Berapa anda boleh dapat untung bersih?
1) KOSÂ NYATA
Kos ni ramai peniaga nampak dan tahu.
Contoh:
Kos produk = RM50
Kos pos = RM10
Kos nyata = RM50 + RM10
Kos nyata = RM60Â
2) UNTUNG KASAR
Untung kasar = Harga jualan – Kos nyata
Untung kasar = RM140 – RM60
Untung kasar = RM80
Ramai peniaga teruja dengan untung kasar yang nampak banyaaaak ni.
Padahal ada lagi kos-kos lain yang perlu diambil kira.
3) KOS TERSEMBUNYI
Kos ni ramai peniaga terlepas pandang.
Contoh:
Gaji = RM7
Petrol = RM10
Tol = RM2
Parking = RM1
Iklan = RM20
Ntah apa benda lagi = RM5
Kos tersembunyi = RM7 + RM10 + RM2 + RM1 + RM20 + RM5
Kos tersembunyi = RM45
4) UNTUNG BERSIH
Untung bersih = Untung kasar – Kos tersembunyi
Untung bersih = RM80 – RM45
Untung bersih = RM35
Untung bersih ni simpan untuk bisnes anda. Jangan belanja macam duit sendiri. Ini duit bisnes anda. Ini bukan gaji anda.
Sebenarnya, RM35 tu bukan untung bersih sangat pun. Akan ada kos-kos tersembunyi yang akan muncul kemudian.
Kos produk rosak, kos produk dipulangkan, kos refund, KWSP, SOCSO, cukai, zakat dan macam-macam lagi.
Dah tolak semua ni, barulah anda tahu berapa untung bersih yang suci lagi murni. Ingat, gunakan untung bersih ni untuk kembangkan lagi bisnes anda.
kenapa dekat kos tersembunyi tu ada entah apa benda lagi?
Sebab ada banyak lagi kos tersembunyi.
boleh x listkan kos tersembunyi? sebb saya x tau contoh kos tersembunyi yu mcm mana
Contohnya kos petrol nak ke pejabat pos untuk kurier barang pelanggan. Contohnya kos tol masa COD barang pelanggan. Banyak sangat. Susah nak listkan semua. Setip bisnes berbeza.
mohon pencerahan ttg contoh kos produk
Klik sini: http://umarvellous.com/betul-ke-bisnes-anda-untung-bagaimana-kira-harga-kos/
tq, sangat membantu. selama nii tak tahu & tak amik berat pun kat kos tersembunyi
Alhamdulillah.. semoga bermanfaat!
Adakah untung bersih tu untuk beli barang yg seterus nya?
Boleh. Nak guna untuk perkara lain pun boleh.
berapa percent, yg sepatutnya saya atau syarikat perlu ambik, sekiranya ada orang menggunakan lesen perniagaan saya untuk transfer duit gaji dia masuk dlm akaun syarikat saya.., adakaah 5% Atau 10% dari gaji dia..? mintak pencerahan
Thank’s!! Sgt membantu
Semoga bermanfaat. =)
Klu modal sya jual rm2.3 /pc modal sya 1.2 kira blik untung x pniagaan sya?
RM1.20 tu bayar apa?
Peniaga hanya boleh ambil gaji sahaja..keuntungan bersih jadi hak milik syarikat
Betul. Guna untuk kembangkan bisnes.
adakah maksud kos nyata bersamaan dengan kos jualan
Lebih tepat cost of goods sold.
Maaf ye, mcm mna nk kira jika ade untung kasar, sewa, gaji, kenderaan, tunai dan kadar bayaran? Mcm mne nk klskan and kire untung bersih?
Hasil jualan tolak semua kos. Dapatlah untung bersih.
salam… nak tanya. dalam kos nyata tu, ada kos produk dan kos pos. noleh saya tau kos pos tu apa ya??
Kos untuk pos barang. Macam pos laju, ninja van, DHL, runner dan yang sewaktu dengannya.
Bos nk tanya. jika kita beli baju
1bale dgn harga rm200+pos rm70 jadi rm270 la.baju ada 50 helai.jadi mcm mna kita nk kira untung kita.untung bersih,untung gaji,untung syarikat. Mcm mna bos..
bos nak tnya dari untung bersih tu, berapa patut owner (peniaga kecilan online) ambik sebagai gaji. 50% jke, 30% ke, 70% ke, 100% ke as gaji? ke ikut masing2 punya suka