Bagaimana Ikea gunakan Psikologi Harga untuk pancing pelanggan?

Pernah makan di Ikea?

Pernah terfikir tak, kenapa kedai perabot jual makanan?

Hari tu saya beli perabot di Ikea Damansara. Punyalah ramai orang kat kaunter bayaran. Panjang jugalah kena beratur.

Jadi sementara beratur tu saya tinggalkan troli dan pergi ke Ikea Bistro. Tak jauh, depan kaunter bayaran je. Alah tempat orang beli karipap inti telur rebus tu.

Kat Ikea Bistro ni ada jual makanan lain lagi. Ada aiskrim. Ada hot dog. Ada donut. Dan sebagainya. Saya tengok harga aiskrim dia cuma 80 sen.

“Eh harga aiskrim McD pun singgit.”, kata saya dalam hati.

Lepas tu saya tengok harga hot dog dia. RM2 je.

“Hmm.. hot dog aku beli dengan abang berger tepi jalan pun dekat RM3.”

Saya rasa pelik. Kenapa harga Ikea lagi murah?

Sebagai manusia yang tidak suka diselubungi misteri, balik dari Ikea saya segera cari jawapan. Saya minta bantuan bola kristal saya. Google!

“Ohhh macam tu rupanya. Guna psikologi harga.”, baru saya faham.

Ini apa chef dari Ikea sendiri yang bagitahu. Tapi bukan dari Ikea Malaysia lah. Ikea sengaja jual makanan mereka dengan harga rendah.

Harga makanan yang rendah secara tak langsung akan beri persepsi yang perabot mereka juga berharga rendah.

Anda tak tahu berapa kos sebuah sofa. Kemudian anda tengok ada sebuah sofa berharga RM649. Adakah itu harga yang berpatutan?

Anda mungkin tak pasti sebab anda tak pernah beli sofa sebelum ni. Kemudian anda teringat.

“Tadi aku makan kat Ikea baru RM10. Kalau aku makan kat tempat lain dengan makanan yang sama mungkin dekat RM20.”

Sekarang secara tak langsung anda akan anggap yang harga sofa tu lebih rendah daripada kedai perabot lain. Walaupun sebenarnya mungkin tidak!

Apa lagi cara Ikea gunakan psikologi harga? Pernah tak tengok harga barang macam ni di Ikea?

RM5.99

RM99.90

RM149

Ikea mula gunakan psikologi harga ni di Sweden. Apabila ia berjaya, Ikea gunakan di 48 negara yang lain. Kenapa psikologi harga ni berjaya?

Sebab manusia membaca dari kiri. Nombor paling kiri yang anda lihat pada harga, akan mempengaruhi harga keseluruhan.

Kalau anda tengok harga RM59, anda akan bagitahu pada orang yang harganya dalam RM50 je. Nombor paling kiri yang banyak mempengaruhi keputusan pembelian.

Boleh anda gunakan psikologi harga yang digunakan Ikea ni untuk bisnes anda? Rasanya taktik psikologi harga yang mana boleh anda guna?

Nombor paling kiri pengaruh pelanggan membeli.
Psikologi Harga

Nombor paling kiri pengaruh pelanggan membeli.

By 2016/04/12 0
Ada sebuah kajian. Namanya Left Digit Effect. Dibuat oleh Morwitz dan Thomas. RM5.99 vs RM6.00 Manusia baca bermula dari kiri.
Bagaimana Ikea gunakan Psikologi Harga untuk pancing pelanggan?
Psikologi Harga

Bagaimana Ikea gunakan Psikologi Harga untuk pancing pelanggan?

By 2018/06/30 3
Pernah makan di Ikea? Pernah terfikir tak, kenapa kedai perabot jual makanan? Hari tu saya beli perabot di Ikea Damansara.
Psikologi harga untuk bisnes makanan.
Psikologi Harga

Psikologi harga untuk bisnes makanan.

By 2017/09/09 0
Hari tu saya lapar. Saya pun pergi makan kat Tapak. Tau tak Tapak tu apa? Tapak tu Food Truck Park
Baju harga mana paling ramai orang beli?
Psikologi Harga

Baju harga mana paling ramai orang beli?

By 2016/04/09 0
Universiti Chicago ada buat satu kajian. Mereka cetak 3 katalog. Setiap katalog jual baju yang sama. Harga je berbeza. Katalog A
Pelanggan anda blur nak beli yang mana?
Psikologi Harga

Pelanggan anda blur nak beli yang mana?

By 2017/04/20 0
Pernah tak anda berdepan dengan pelanggan yang blur?Dia tak tahu nak pilih yang mana. “Hmm yang mana ek? Nak
Asingkan harga penghantaran atau sekalikan saja?
Psikologi Harga

Asingkan harga penghantaran atau sekalikan saja?

By 2017/04/09 0
Pernah tengok kartun Pokemon? Kalau pernah, kita geng. Pernah main Pokemon Go? Kalau tak, kita geng. Banyak lagi kerja lain
Bagaimana menjual dengan harga yang anda nak?
Psikologi Harga

Bagaimana menjual dengan harga yang anda nak?

By 2017/04/11 0
Kalau anda sanggup tengok cerita Misteri Wan Peah, anda juga pasti sanggup baca cerita ini. Tabahkan hati, kuatkan iman. Saya
Rahsia harga pakej terbongkar!
Psikologi Harga

Rahsia harga pakej terbongkar!

By 2017/04/11 0
Ada sorang mat salleh ni nampak 1 iklan pelik.Iklan tu daripada The Economist.Iklan tu tulis: Pakej Langganan Setahun A)
Bagaimana nak dapat harga jualan paling menguntungkan?
Psikologi Harga

Bagaimana nak dapat harga jualan paling menguntungkan?

By 2017/04/19 0
Hari ni saya nak share 1 lagi kajian psikologi harga. Ready? “I dah lama ready. Cepat sikit.”, Siti Konfiden. Okay mari
Bagaimana Apple gunakan Psikologi Harga untuk pancing pelanggan?
Psikologi Harga

Bagaimana Apple gunakan Psikologi Harga untuk pancing pelanggan?

By 2018/09/13 0
Ini cerita lama. Zaman iPhone 7 baru-baru keluar. Walaupun ni cerita lama, tapi masih berguna untuk anda yang berniaga. Jemput baca

3 thoughts on “Bagaimana Ikea gunakan Psikologi Harga untuk pancing pelanggan?”

  1. Saya ada buat produk minyak rambut.

    S (12g) RM9.90 dan L (100g) RM49.90.

    Tapi lepas baca ebook psikologi harga, saya jadi nak tambah produk yang sama. Cuma berbeza kuantiti – M (70g)

    Apa yg saya belajar, harga M dan L tidak boleh ketara kan?

    Andai saya letakkan harga M RM39.90 adakah nampak terlalu jauh dgn L? Sebab manusia tengok nombor paling kiri.

    Boleh tuan bantu saya?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top