Bagaimana menjual dengan harga yang anda nak?

Kalau anda sanggup tengok cerita Misteri Wan Peah, anda juga pasti sanggup baca cerita ini.

Tabahkan hati, kuatkan iman.

Saya akan bawa anda melangkah ke alam harga yang penuh misteri.

Antara cara buat pelanggan beli dengan harga yang saya nak adalah dengan meletakkan harga jualan yang lebih tinggi.

Contoh:

Saya nak jual produk X dengan harga minimum RM200.

Tapi saya sengaja letak harga jualan RM300 supaya ada ruang untuk kurangkan harga nanti.

Terutamanya untuk pelanggan yang suka nego-nego harga. Dia nak tekan sampai lunyai!

Tapi tahukah anda ada cara lain untuk buat pelanggan bayar harga yang anda nak?

Sebuah jurnal daripada American Marketing Association kongsikan sebuah kajian yang sangat menarik (dan misteri).

Katakan anda jual di website.

Produk X harga rendah. Produk Y harga tinggi.

Jualan produk X akan lebih tinggi daripada produk Y.

“Normal lah tu. Dia mesti nak cari yang lagi murah. Apa ko ni?”, abang WeChat.

Normal kalau produk X dan Y adalah produk yang sama.

Contoh: selipar VS selipar

Tapi dalam kajian tu menunjukkan yang pelanggan tetap beli produk X lebih banyak walaupun produk Y tu tak sama jenis dengannya.

Contoh: selipar VS baju

Misteri kan?

Kalau tak cukup misteri, sila baca lagi.

Selain daripada cara di atas, cara ini juga boleh digunakan.

Tunjukkan harga jualan bersebelahan dengan nombor yang lebih besar.

Walaupun nombor tu bukannya harga.

“Tak paham. Bagi contoh sikit.”, pinta abang WeChat.

Katakanlah semalam anda berjaya jual 90 produk X.

Produk X berharga RM50.

Hari ni anda boleh buat iklan. Dalam iklan tu anda letak harga RM50.

Dekat harga tu anda letak sekali jumlah yang telah dijual semalam.

Contoh:

90 botol telah dijual sehari

RM50 saja sebotol

90 > 50 = RM50 nampak rendah harganya

Ini semua boleh terjadi kerana ‘psychological anchoring’.

Asingkan harga penghantaran atau sekalikan saja?
Psikologi Harga

Asingkan harga penghantaran atau sekalikan saja?

By 2017/04/09 0
Pernah tengok kartun Pokemon? Kalau pernah, kita geng. Pernah main Pokemon Go? Kalau tak, kita geng. Banyak lagi kerja lain
Psikologi harga untuk bisnes makanan.
Psikologi Harga

Psikologi harga untuk bisnes makanan.

By 2017/09/09 0
Hari tu saya lapar. Saya pun pergi makan kat Tapak. Tau tak Tapak tu apa? Tapak tu Food Truck Park
Bagaimana menjual dengan harga yang anda nak?
Psikologi Harga

Bagaimana menjual dengan harga yang anda nak?

By 2017/04/11 0
Kalau anda sanggup tengok cerita Misteri Wan Peah, anda juga pasti sanggup baca cerita ini. Tabahkan hati, kuatkan iman. Saya
Bagaimana Ikea gunakan Psikologi Harga untuk pancing pelanggan?
Psikologi Harga

Bagaimana Ikea gunakan Psikologi Harga untuk pancing pelanggan?

By 2018/06/30 3
Pernah makan di Ikea? Pernah terfikir tak, kenapa kedai perabot jual makanan? Hari tu saya beli perabot di Ikea Damansara.
Bagaimana nak dapat harga jualan paling menguntungkan?
Psikologi Harga

Bagaimana nak dapat harga jualan paling menguntungkan?

By 2017/04/19 0
Hari ni saya nak share 1 lagi kajian psikologi harga. Ready? “I dah lama ready. Cepat sikit.”, Siti Konfiden. Okay mari
Nombor paling kiri pengaruh pelanggan membeli.
Psikologi Harga

Nombor paling kiri pengaruh pelanggan membeli.

By 2016/04/12 0
Ada sebuah kajian. Namanya Left Digit Effect. Dibuat oleh Morwitz dan Thomas. RM5.99 vs RM6.00 Manusia baca bermula dari kiri.
Pelanggan anda blur nak beli yang mana?
Psikologi Harga

Pelanggan anda blur nak beli yang mana?

By 2017/04/20 0
Pernah tak anda berdepan dengan pelanggan yang blur?Dia tak tahu nak pilih yang mana. “Hmm yang mana ek? Nak
Rahsia harga pakej terbongkar!
Psikologi Harga

Rahsia harga pakej terbongkar!

By 2017/04/11 0
Ada sorang mat salleh ni nampak 1 iklan pelik.Iklan tu daripada The Economist.Iklan tu tulis: Pakej Langganan Setahun A)
Cara betul bagi diskaun kepada pelanggan.
Psikologi Harga

Cara betul bagi diskaun kepada pelanggan.

By 2017/04/12 0
Harga baju RM20.Katakanlah anda nak bagi diskaun.Cara mana anda nak bagi? A) diskaun 10% B) diskaun RM2 “Bukan sama
Baju harga mana paling ramai orang beli?
Psikologi Harga

Baju harga mana paling ramai orang beli?

By 2016/04/09 0
Universiti Chicago ada buat satu kajian. Mereka cetak 3 katalog. Setiap katalog jual baju yang sama. Harga je berbeza. Katalog A

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top