10 contoh ayat iklan yang menarik pelanggan!

Saya selalu dapat soalan. Macam mana nak buat ayat iklan yang menarik? Macam mana nak tarik pelanggan?

Jadi sekarang saya akan kongsikan bukan 1, tapi 10 contoh ayat iklan yang menarik pelanggan.

“Boleh tak kongsi sekali contoh ayat iklan power?” ?

10 contoh ayat iklan yang menarik pelanggan ni dah memang power. Cuba dulu kalau anda tak percaya.



Saya akan gunakan formula BAB untuk tulis 10 contoh ayat iklan yang menarik pelanggan ni.

“Formula BAB tu macam mana?” ?

Macam ni..

BAB tu bermaksud Before – After – Bridge.

Before: 
Terangkan bagaimana keadaan pelanggan sekarang atau sebelum perubahan positif berlaku.

After: 
Bayangkan kepada pelanggan bagaimana indahnya perubahan positif yang boleh berlaku.

Bridge: 
Beritahu bagaimana anda boleh bantu pelanggan untuk dapatkan perubahan itu.


10 CONTOH AYAT IKLAN YANG MENARIK PELANGGAN

1) CONTOH AYAT IKLAN MAKANAN

Before:
Setiap pagi mesti ibu-ibu berkerjaya akan pening. Tak tahu nak sediakan sarapan apa untuk keluarga? Suami dan anak-anak, masing-masing ada selera tersendiri. Kadang tu bila dah goreng cekodok, suami tak suka. Kadang tu bila dah buat lempeng, anak-anak pula tak minat. Susah nak puaskan hati semua. Nak ke kedai beli nasi lemak atau roti canai, tak sempat. Sebab pagi-pagi lagi dah kena pergi kerja.

After:
Bayangkan anda tak perlu pening lagi macam ni. Anda boleh pergi kerja dengan keadaan yang tenang sekali. Keluarga pula puas hati sebab dapat bersarapan dengan makanan yang mereka suka. Dapat jadi pekerja cemerlang dan ibu disayangi.

Bridge:
Mudah saja caranya. Anda dapatkan frozen food daripada Latifah Food. Ada macam-macam jenis makanan kegemaran untuk sekeluarga. Ada roti canai, ada roti boom, ada donut, ada pau, ada karipap dan banyak lagi. Pilih saja mana yang berkenan di hati. Bila nak makan, keluarkan daripada peti ais dan masak selama 10 minit. Cepat, mudah dan sedap.

2) CONTOH AYAT IKLAN PRODUK KECANTIKAN

Before:
Malu nak berdepan dengan rakan sekerja. Jerawat dekat muka makin galak keluar. Diri sendiri tengok pun rasa geli.

After:
Bayangkan anda tak perlu malu lagi berdepan dengan rakan sekerja. Anda boleh dengan rasa yakin bekerjasama dengan mereka. 

Bridge:
Bukan susah pun. Guna je krim XYZ. Dah digunakan oleh lebih 10,000 pelanggan yang berpuas hati. DM saya sekarang untuk dapatkannya.

3) CONTOH AYAT IKLAN TUDUNG

Before:
Rasa panas bila pakai tudung labuh ni. Kena pula bekerja kat tempat yang takde aircond. Hanya ada kipas yang dikongsi ramai-ramai.

After:
Bayangkan rasa panas itu hilang. Yang ada hanya rasa sejuk, segar dan nyaman. Nak buat kerja di pejabat pun dah selesa.

Bridge:
Kini Tudung Labuh Sofia datang dengan material terbaru. Material ini diperbuat daripada X, Y dan Z. Hasilnya tudung labuh tidak lagi rasa panas walaupun besar dan tebal. Dapatkan di laman web kami.

4) CONTOH AYAT IKLAN JUAL KERETA

Before:
Anda selalu sampai lambat di pejabat. Anda dah keluar awal menunggu bas. Tapi bas pula kadang tak tentu masa datangnya. Nak beli kereta, gaji tak berapa besar.

After:
Bayangkan anda boleh beli kereta dengan gaji yang kecil. Nak ke mana-mana pun dah senang. Paling penting boleh datang awal ke pejabat dan tak kena marah dengan bos.

Bridge:
Beli je kereta di Cik Din Cars. Pinjaman kereta anda gerenti lulus walaupun bergaji kecil. Hubungi 019 2345 6789 sekarang.

5) CONTOH AYAT IKLAN PRODUK KESIHATAN

Before:
Penat betul badan ni. Pagi jadi cikgu sekolah. Petang jadi cikgu tuisyen. Malam kena tanda kerja rumah murid-murid. Rasa sengal satu badan.

After:
Bayangkan anda boleh rasa bertenaga sepanjang hari. Dari pagi sampai ke malam. Bila bangun je pagi rasa cergas. Buat kerja semuanya lancar dan siap.

Bridge:
Dapatkan Jus XYZ. Diperbuat daripada bahan semula jadi seperti A, B dan C. Ada kelulusan KKM dan KFC. Wasap sekarang untuk dapatkan free delivery.

6) CONTOH AYAT IKLAN BAJU

Before:
Tiap-tiap pagi mesti kelam-kabut nak pergi kerja. Nak gosok tudung, nak gosok baju, nak gosok seluar. Bukan gosok untuk diri sendiri je. Termasuklah untuk suami dan anak-anak sekali.

After:
Bayangkan anda tak lagi kelam-kabut. Kerja anda menjadi kurang sebab dah tak perlu nak gosok lagi baju anda.

Bridge:
Baju kurung Sabelon tak perlu digosok. Sentiasa tegang dan licin. Sesuai dipakai ke tempat kerja dengan design yang ekslusif. Dapatkan saja di kedai Shopee kami.

7) CONTOH AYAT IKLAN PERFUME

Before:
Kawan-kawan pun takut nak dekat. Yelah, dah bau badan macam orang tak mandi. Memanglah orang lari.

After:
Bayangkan badan anda tak berbau macam dulu. Kini wangi sewangi wanginya. Dari jauh kawan-kawan dah boleh bau. Bau tu menarik mereka datang dekat kepada anda.

Bridge:
Bukan susah pun. Sembur je dengan perfume XYZ. Lepas mandi, sembur pada badan. Nak lagi wangi, sembur lagi sikit lepas pakai baju. Confirm kawan-kawan tak lagi lari. Pm je saya untuk dapatkan perfume XYZ.

8) CONTOH AYAT IKLAN TAKAFUL

Before:
Kawan-kawan sorang-sorang masuk hospital. Ada sakit itulah inilah. Yelah, masing-masing pun makin berumur. Memang macam-macam penyakit mula datang. Kos hospital dan perubatan makin mahal. Kalau banyak duit takpelah.

After:
Bayangkan anda tak perlu risau pasal duit kalau ditimpa ujian yang sama. Semua kos hospital dan perubatan ditanggung oleh pihak lain

Bridge:
Dengan Medical Card XYZ anda akan dilindungi. Anda akan ditempatkan di hospital bertaraf 5 bintang. Klik butang di bawah sekarang untuk dapatkan caruman percuma sebulan.

9) CONTOH AYAT IKLAN KUIH RAYA

Before:
Bahan-bahan nak buat kuih raya makin tinggi. Jadi tak peliklah kalau harganya pun makin mahal. Anda pun berkira-kira nak beli ke tidak.

After:
Bayangkan anda boleh beli kuih raya dengan harga borong. Satu bekas RM15 saja. Anda akan dapat 10 bekas. Mesti tetamu gembira dapat makan macam-macam kuih masa beraya di rumah anda.

Bridge:
Dapatkan kuih raya anda tahun ini di kedai XYZ. Waze je kedai XYZ. Mesti jumpa. 100 pelanggan pertama akan dapat 1 balang kerepek percuma.

10) CONTOH AYAT IKLAN COWAY

Before:
Anak menangis sampai sakit tekak. Tapi air masih tak masak-masak. Kesian kat anak tu nakkan susu.

After:
Bayangkan anda boleh buat susu dengan segera. Tekan-tekan je keluar air panas. Bukan saja panas, malah bersih dan menyihatkan. Anak pun dah tak menangis lama lagi.

Bridge:
Dengan serendah RM65 sebulan anda boleh dapatkan penapis air Coway. Semua orang layak memohon termasuklah suri rumah sepenuh masa. Tekan link whatsapp di bawah ini sekarang.



Itu dia 10 contoh ayat iklan yang menarik pelanggan. Saya kongsikan contoh ayat iklan makanan, produk kecantikan, tudung, jual kereta, baju, produk kesihatan, perfume, takaful, kuih raya dan Coway.

Semoga semua contoh-contoh ini berguna untuk anda. Yang penting anda kena cuba dulu.

Antara 10 contoh ayat iklan yang menarik pelanggan ni, mana satu anda akan guna? Cuba kongsi.

Ayat promosi produk Raya.

Setiap tahun kita akan menyambut Hari Raya.Seperti biasa, promosi shopping Raya bertambah giat bila …

8 thoughts on “10 contoh ayat iklan yang menarik pelanggan!”

  1. Memang mencari copywriting power yang ringkas buat orang mudah faham dan tertarik hati nak tahu apa dia tu.

  2. Hjh Rohana binti Ismail

    salam
    saya Rohana Ismail. Bisnes saya adalah menyediakan khidmat nasihat HR & People Mgmt kepada potential customers iaitu usahawan kecil & sederhana (SMEs)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top