Headline power yang bagi 50% leads lebih banyak!

Bawah ni adalah headline-headline yang telah diuji.

Salah satu daripadanya adalah headline power sebab lebih convert.

Cuba teka yang mana?

A) Jika anda seorang pemandu yang berhemah, anda boleh jimatkan wang untuk insuran kereta.

B) Bagaimana untuk jadikan pemanduan berhemah anda kepada wang.


Ini adalah iklan insuran kereta.

Pembaca boleh respon kepada iklan ini untuk dapatkan booklet percuma yang menerangkan bagaimana untuk jimatkan insuran kereta.

Salah satu headline di atas telah bagi leads 50% lebih banyak.


Okey.. saya bagi lagi 1 untuk anda teka.

A) Bagaimana untuk buat rasa makanan anda lebih sedap.

B) Bagaimana untuk buat orang memuji masakan anda.


Ini pula iklan perasa makanan.

Pembaca boleh dapatkan sampel produk dengan merespon kepada iklan ini.

Salah satu headline di atas telah bagi leads 42% lebih banyak.


Anda cuba teka sekarang.

Siapa tak teka, memang tak belajar apa-apa.

Nanti saya share jawapannya.

Saya bagi masa untuk anda fikir.


headline power




Orait.. dah fikir? Dah teka?

Sekarang saya bagi jawapannya.

A) Jika anda seorang pemandu yang berhemah, anda boleh jimatkan wang untuk insuran kereta.

Headline power ni bagi leads 50% lebih banyak untuk iklan insuran kereta.

Sebab apa?
+ clear and simple offer
+ headline yang lagi satu tu mengelirukan tawaran
+ pembaca mungkin terfikir iklan tu tentang jawatan kosong untuk pemandu berhemah


Ini pula headline power yang dah bagi leads 42% lebih banyak untuk iklan perasa makanan.

B) Bagaimana untuk buat orang memuji masakan anda.

Sebabnya?
+ headline ni ada 2 kelebihan
+ ia membawa maksud anda boleh masak lebih sedap
+ tawarkan ganjaran dipuji orang
+ headline lagi satu tu hanya bagi 1 manfaat


“Eh bukan ke kita kena baca copywriting sampai habis baru boleh tahu iklan mana yang bagus?” ?

Sebenarnya setiap iklan di atas ada copywriting yang sama.

Headline saja yang berbeza.

Mengikut pakar-pakar pengiklanan, hampir 80% keberkesanan iklan bergantung kepada headlinenya.

Kalau headline tak betul, maka sia-sia saja perah idea dan tulis copywriting panjang lebar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top