Pernah tengok kartun Pokemon?
Kalau pernah, kita geng.
Pernah main Pokemon Go?
Kalau tak, kita geng. Banyak lagi kerja lain nak buat kan.
Tapi kalau orang yang dah fanatik dengan Pokemon, kad dia pun dijadikan koleksi.
Kad dalam gambar tu harga dia dalam USD700 tau!
Bercakap (bertulis) pasal kad Pokemon, ada 1 kajian menarik yang pernah dibuat dengannya.
Cuba teka. Mana lagi banyak sales?
A) Jual kad dengan harga $2.75 + caj penghantaran $2.25 = $5
B) Jual kad dengan harga $5 + penghantaran percuma = $5
“B lah.. orang kan suka free-free ni.”, jawab Siti Konfiden.
Saya pun mula-mula fikir macam tu.
Tapi mengikut kajian yang dibuat, jawapannya adalah A!
“U biar betul? Confident je!”, bentak Siti Konfiden.
Betul. Jualan kad A lebih banyak daripada kad B walaupun harga totalnya sama.
Kenapa jadi macam tu?
Sebab minda pelanggan dah terima harga kad yang pernah dilihat sebelum tu.
Bila dia dah nampak harganya $2.75, dia susah nak terima harga kad yang lebih tinggi.
Dia akan cenderung pilih kad harga $2.75.
Walaupun pada akhirnya dia tetap kena bayar $5 selepas ditambah caj penghantaran.