Kajian ni dibuat oleh Carnegie Mellon University.
Mereka kaji bagaimana dengan hanya menambah 1 perkataan boleh mengubah keberkesanan sesebuah copywriting.
Anda nak buat copywriting berkesan kan?
Begini..
Mereka buat copywriting untuk orang dapatkan sebuah DVD pelajaran.
Kalau anda dah lupa rupa DVD, tengok gambar yang saya bagi ni. ?
Ada 2 ayat yang mereka guna untuk dapatkan orang mendaftar.
Pertama:
“Bayaran $5 untuk …”
Kedua:
“Sedikit bayaran $5 untuk …”
Ini adalah bayaran untuk caj penghantaran DVD.
Apa hasil kajian daripada 2 ayat di atas?
Mereka dapati 20% orang lebih ramai yang mendaftar melalui ayat kedua!
Katakan ayat pertama ada 100 orang daftar.
Ayat kedua berjaya buat 120 orang yang daftar!
Psikologi di sebalik ayat kedua sangat menarik.
Dengan hanya menambah perkataan ‘sedikit’, ayat tersebut juga berjaya mendapatkan jualan daripada pelanggan yang kedekut.
Yang rasa susah nak berpisah dengan duit mereka.
Apabila kita boleh ‘ingatkan’ pelanggan yang caj tertentu adalah sedikit, ia boleh mengubah persepsi mereka.
Kita mungkin tak ada masa atau kepakaran untuk buat kajian begini.
Untuk menyenangkan kerja, kita belajar je daripada kajian yang dah dibuat.
Kajian yang telah terbukti boleh membuahkan hasil yang kita mahu.
Dan kita fokus untuk buat banyak jualan dan lebih keuntungan.