Lagi terhad, lagi pelanggan nak beli.

Pernah tak beli sesuatu yang anda tak perlukan segera?

Anda cuma beli sebab ia terhad.

Nanti tak beli, terlepas pula.

Perkara ni tak terjadi kepada anda seorang saja.

Tapi kepada semua orang termasuk saya.

3 orang saintis telah buat kajian tentang Scarcity pada tahun 1975.

Mereka letakkan biskut ke dalam dua balang yang sama rupanya.

Balang pertama ada 2 keping biskut.

Balang kedua ada 10 keping biskut.

Kemudian mereka minta peserta untuk berikan nilai kepada biskut tersebut.

Biskut yang berada dalam balang pertama dinilai lebih tinggi berbanding balang kedua.


Umpamanya begini..

Harga sekeping biskut dalam balang pertama dianggap lebih mahal dan rasanya lebih sedap kerana jumlahnya dah tinggal 2 keping.

Harga sekeping biskut dalam balang kedua pula dianggap lebih murah dan rasanya kurang sedap kerana jumlahnya masih banyak.

Manusia mahukan sesuatu yang mereka tiada. Apatah lagi kalau jumlahnya terhad dan sukar untuk didapatkan.

Bukan itu saja, mereka akan meletakkan nilai yang tinggi juga.



Bagaimana anda boleh gunakan Scarcity dalam iklan dan copywriting?

Contoh Headline:
Anda langgan X hari ini untuk dapat Y secara percuma. Dah jimat RM200.

Contoh Body:
Daripada 1000 tempat duduk, sekarang sudah tinggal 23 tempat duduk. Laku macam pisang goreng panas sebab A, B dan C.

Contoh CTA:
Klik link ini untuk wassap kami segera. 100 orang yang pertama wassap akan dapat free gift dan free delivery.


Saya nak ingatkan supaya kita gunakan teknik ini dengan beretika.

Kalau kata hanya untuk 100 orang, pastikan hanya untuk 100 orang.

Nanti dah 500 orang pun anda masih bagi tawaran yang sama.

Ini tak adil untuk pelanggan yang dah berusaha untuk jadi 100 yang pertama.

Sebelum ni ada yang PM di Facebook.

Nak beli panduan Psikologi Iklan & Copywriting sebab nakkan bonus-bonus dan diskaun yang saya tawarkan.

Tapi saya tolak cara baik dan bagitahu tawaran sudah tamat.

Saya kena hormatkan mereka yang dah rebut tawaran tersebut awal-awal dan memberi kepercayaan kepada saya.

Kepercayaan mereka jauh lebih bernilai daripada duit.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top