Perkataan power: Baru!

Baru.

Perkataan ini berikan kita rasa positif, rasa best.

Kereta baru.. rasa best kan?

Rumah baru.. pun rasa best kan?

Isteri baru.. best tapi agak berbahaya. Kehkeh.

Anda pernah tak pergi ke kedai untuk beli sesuatu?

Kemudian anda nampak produk tu ada packaging yang baru dan lama.

Anda akan pilih untuk beli produk packaging yang lama atau baru?

Saya pernah.

Dan saya pilih untuk beli produk packaging baru walaupun manfaatnya masih sama seperti produk packaging lama.


“I might have my own favourite choice of chocolate bar, but if I see a different bar repackaged, advertising its ‘new, improved flavour’, my search for novel experiences may encourage me to move away from my usual choice.”
~Dr Bianca Wittmann

Apple dah lama mempergunakan perkataan BARU untuk mempengaruhi pembeli.

Sampaikan orang sanggup beli produk mereka yang terbaru di pasaran walaupun harganya mencecah langit.

Contoh:

all-new
reimagined from the ground up
re-invented from the inside out
we had to completely rethink how a keyboard is engineered
we redesigned each key and its underlying mechanism



Bagaimana nak gunakan perkataan BARU dalam iklan dan ayat copywriting anda?

Dalam posting di media sosial anda boleh guna perkataan BARU, TAMBAH BAIK, TERKINI atau MEMPERKENALKAN.

Dalam copywriting di website anda boleh highlight perkataan-perkataan tersebut.

Apabila anda menjual produk baru atau upgrade produk lama, bagitahu apa maklumat atau perubahan terkini.

Lepas anda dah habis baca ni, harap ada tindakan terbaru yang lebih baik daripada anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top