Seperti biasa, sebelum mula menulis headline, fokus pada offer yang akan diberikan kepada pelanggan terlebih dahulu.
1) Result pelanggan mahu
Apakah result yang pelanggan mahu?
Anda perlu tahu apa sebenarnya hasil yang pelanggan inginkan daripada produk yang anda jual.
Contoh:
– Berat badan turun 7 kg
2) Tempoh masa tertentu
Berapa hari yang diperlukan untuk turunkan berat badan?
Contoh:
– 3 minggu
3) Letak pertahanan
Turunkan berat badan 7 kg dalam 3 minggu.
Mesti ada yang kata;
“Mana boleh. Mustahil lah boleh turunkan berat badan banyak tu dalam tempoh masa 3 minggu je. Ni mesti kena makan ubat pil kurus atau kena jogging selalu. Betul tak?” ?
Jadi, letakkan pertahanan.
Contoh:
– Tanpa telan pil dan jogging.
Hasilnya:
Turunkan berat badan 7 kg dalam 3 minggu tanpa telan pil dan jogging.
Semoga bermanfaat!