5 kesilapan ayat copywriting menyebabkan anda tak dapat pelanggan.

Ini antara kesilapan dalam menulis ayat copywriting yang banyak saya jumpa apabila klien dan student minta tolong saya periksakan.

ayat copywriting



KESILAPAN AYAT COPYWRITING 1
Tak menulis kepada audien sasaran

Anda kena menulis khas kepada audien yang disasarkan. Kalau tidak, lebih baik tak payah tulis.

Anda perlu yakinkan pembaca untuk mengambil tindakan yang dimahukan. Bukannya sekadar bercerita tentang bagaimana hebatnya bisnes anda.

Kenali pelanggan anda. Buat kajian untuk lebih mengenali mereka. Pastikan anda ada cukup maklumat untuk gambarkan siapa pelanggan ideal ini.

Kalau ni pun dah gagal, yang lain apatah lagi. Sia-sia usaha anda perah idea untuk tulis copywriting.


KESILAPAN AYAT COPYWRITING 2
Terlalu fokus kepada ciri-ciri

Ini pun antara kesilapan yang popular. Asyik bercerita tentang ciri-ciri daripada manfaat produk.

Anda kena ingat yang pelanggan cuma peduli tentang apa manfaat kepada mereka.

Jadi anda kena terangkan apa manfaat yang bakal mereka dapat.

Dan anda perlu tahu apa manfaat sebenar yang pelanggan mahukan. Faham ke ni?


Okey saya nak tanya.. apa manfaat untuk alat gerudi?

“Buat lubanglah.. memang itu pun tujuan orang beli gerudi.” ?

Ye ke? Kenapa dia nak buat lubang tu?

“Ermm sebab nak gantung gambar. Gambar famili. Gambar pergi bercuti. Gambar anak-anak konvo.” ?

Kenapa dia nak gantung gambar tu semua?

“Sebab nak tunjuk kat orang. Kat tetamu yang datang rumah.” ?

Ya itulah sebabnya. Itulah manfaat sebenar. Dia rasa seronok, bangga dan puas dapat tayang gambar tu semua kepada tetamu yang datang ke rumah.


KESILAPAN AYAT COPYWRITING 3
CTA yang lemah

CTA tu apa? CTA tu Call To Action.

Dalam setiap copywriting yang dibuat, ada tindakan tertentu yang kita mahu pembaca ambil.

Mungkin anda nak dia klik butang download. Mungkin anda nak dia wasap kod diskaun. Atau mungkin anda nak dia klik link ke website.

Sayangnya ada banyak copywriting yang saya jumpa tak ada CTA yang jelas.


Jadi tak pelik kalau pembaca tak ambil tindakan yang anda mahu. Sebab dia sendiri pun mungkin terpinga-pinga,

“Eh aku kena buat apa sekarang?” ?

Cuba untuk elak gunakan CTA yang umum. Contohnya:

KLIK SINI

DAFTAR SEKARANG



Boleh cuba gunakan CTA yang lebih khusus.

Lebih menonjolkan apa pembaca bakal dapat. Contohnya:

KLIK SINI UNTUK MULA JADI KURUS

DAFTAR SEKARANG UNTUK DAPATKAN TIKET PERCUMA



KESILAPAN AYAT COPYWRITING 4
Tak percayakan anda

Kenapa pembaca kena percayakan anda?

Tengok jelah sekarang. Macam-macam kes penipuan yang berlaku. Online ke offline ke sama naik kes-kes penipuan ni.

Jadi apa boleh buat untuk bagi mereka percayakan anda dan produk anda?

Anda kenalah tunjukkan bukti tertentu yang boleh dipercayai pembaca.

Contohnya ada rekomendasi daripada pakar. Ada pengiktirafan daripada organisasi dikenali. Ada testimoni daripada pelanggan yang berpuas hati.

Ini antara cara termudah untuk meyakinkan pembaca dan membina kepercayaan.


KESILAPAN AYAT COPYWRITING 5
Headline yang tak menarik

Untuk menarik perhatian ni susah. Nak kekalkan perhatian lagi susah.

Anda boleh tarik perhatian pembaca dengan menulis headline yang buatkan mereka berhenti dan baca semua copywriting yang ditulis.

Memang itulah sebenarnya fungsi headline.

Kalau headline anda gagal untuk menarik perhatian, anda tulis copywriting terbaik sekali pun tak guna. Sebab tak ada siapa akan baca.


Ini sedikit tip untuk menulis headline yang mampu menarik perhatian:
+ tanya soalan
+ gunakan perkataan pencetus seperti bagaimana, apa, kenapa, dll
+ gunakan nombor tertentu


Sekarang anda dah pun tahu serba sedikit kesilapan ayat copywriting yang menyebabkan anda tak dapat pelanggan.

Jadi anda boleh elakkan kesilapan ni dan perbaiki cara anda menulis ayat copywriting.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk bisnes anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top