Bagaimana nak dapat harga jualan paling menguntungkan?

Hari ni saya nak share 1 lagi kajian psikologi harga. Ready?

“I dah lama ready. Cepat sikit.”, Siti Konfiden.

Okay mari kita mula.

ROUND 1

Pelanggan diberi 2 jenis minuman.

Minuman biasa = $1.80
Minuman special = $2.50

20% pelanggan pilih minuman biasa.
80% pelanggan pilih minuman special.

Katakan ada 100 pelanggan, jumlah jualan adalah $236.

ROUND 2

Minuman ke 3 diperkenalkan.
Minuman dengan harga yang lebih murah.

Minuman murah = $1.60
Minuman biasa = $1.80
Minuman special = $2.50

Tiada pelanggan pilih minuman dengan harga lebih murah.
80% pelanggan pilih minuman biasa.
20% pelanggan pilih minuman special.

Jumlah jualan turun jadi $194.

ROUND 3

Minuman harga lebih murah dibuang.
Diganti dengan minuman premium.

Minuman biasa = $1.80
Minuman special = $2.50
Minuman premium = $3.40

5% pelanggan pilih minuman biasa.
85% pelanggan pilih minuman special.
10% pelanggan pilih minuman premium.

Jumlah jualan naik jadi $255.50!

“Conclusion?”, soal Siti Konfiden.

Tak nak cuba fikir sendiri dulu?

“Sorry. I dont have time to think. Bz reply wassap customer.”, rayu Siti Konfiden.

PERTAMA

Anda boleh tingkatkan peluang pembelian dengan menawarkan beberapa pilihan.

Kalau anda tawarkan X saja, pilihan pelanggan adalah:
1) Beli
2) Blah

Peluang jualan = 50% | 50%

Kalau anda tawarkan X dan Y, pilihan pelanggan adalah:
1) Beli X
2) Beli Y
3) Blah

Peluang jualan = 66.66% | 33.33%

KEDUA

Mempengaruhi keputusan pelanggan dengan menawarkan beberapa pilihan.
Anda boleh tawarkan 3 set harga.
Set mana yang anda nak paling banyak jual, letakkan di tengah.

KETIGA

Bukan semua pelanggan nak harga murah.
Jadi, jangan ambil jalan mudah untuk tingkatkan jualan dengan hanya menjual murah.
Rancang strategi dan kira kos dengan betul sebelum berani letak harga murah.

KEEMPAT

Mungkin tak ramai pelanggan boleh beli harga mahal.
Tapi tetap ada yang boleh beli kan?
Apabila anda tak tawarkan sesuatu yang lebih mahal harganya, umpama anda melepaskan keuntungan yang sepatutnya boleh dapat.

KELIMA

Jangan selesa dengan harga jualan semasa.
Penting untuk anda cuba beberapa pakej harga, tangga harga, set harga dan yang sewaktu dengannya sehingga mendapat harga jualan yang paling menguntungkan.

Setiap kajian dan contoh yang saya berikan, boleh anda jadikan panduan.
Jadi tak adalah anda cuba berjalan dalam gelap.
Harap membantu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top