10 contoh ayat copywriting power!

Saya rasa maybe copywriting saya tak power dan kurang yang ingin melihat. Boleh tuan bagi saya contoh copywriting yang power tak?” ~Ameruddin

Ini soalan yang diemel oleh salah seorang audien Umarvellous. Tuan Ameruddin ni buat bisnes makanan di Melaka.

Sebenarnya memang ramai yang tanya macam mana nak buat ayat copywriting power? Bukan beliau sorang je.

Kalau anda pun ada soalan yang sama, hari ni hari bertuah anda. Sebab saya akan kongsikan sekarang 10 contoh ayat copywriting power.



“Tapi saya tak nak contoh ayat copywriting makanan. Saya nak contoh ayat copywriting tudung. Sebab saya jual tudung.” ?

Sebenarnya walaupun saya bagi contoh ayat copywriting makanan, anda boleh je adjust contoh ayat copywriting tu supaya sesuai dengan produk atau servis anda.

Tapi takpe. Saya bagi juga contoh ayat copywriting tudung dan lain-lain. Cuma janji dengan saya anda akan cuba guna ayat copywriting yang dah diberi tu.

Saya suka anda baca perkongsian ni sampai habis. Tapi saya lagi gembira kalau anda ambil tindakan dan dapatkan hasil selepas baca perkongsian ni.



10 contoh ayat copywriting power ni saya akan gunakan formula FAB.

FAB ni bermaksud Features – Advantages – Benefits.

Features:
Apa ciri-ciri yang produk dan servis anda ada?

Advantages:
Apa kelebihan yang produk dan servis anda tawarkan?

Benefits:
Apa manfaat yang produk dan servis anda bagi?

10 CONTOH AYAT COPYWRITING POWER

1) CONTOH AYAT COPYWRITING MAKANAN

Features:
Restoran Asam Pedas Power menyediakan 10 jenis asam pedas. Ikan-ikan yang digunakan dalam masakan sangat segar sebab kami dapatkan setiap hari di jeti berdekatan.

Advantages:
Anda boleh pilih mana-mana jenis ikan yang berkenan di hati. Kami tahu setiap orang ada ikan kegemaran masing-masing. Itu sebab kami pelbagaikan pilihan ikan dengan harga yang berpatutan.

Benefits:
Anda bukan saja dapat makanan sedap yang memuaskan hati sendiri. Anda juga dapat menggembirakan keluarga dan kawan-kawan yang juga mempunyai selera tersendiri. Singgah saja ke Restoran Asam Pedas Power. Semua orang gerenti puas hati.

2) CONTOH AYAT COPYWRITING TUDUNG

Features:
Tudung dah cantik. Orangnya pun dah cantik. Tapi sayang, mask yang dipakai tak cantik. Yelah, zaman Covid ni kita kena sentiasa pakai mask. Itu sebab tudung kami didatangkan sekali dengan mask yang sepadan.

Advantages:
Mask ini sama warna dan fabrik dengan tudung kami. Barulah sedondon bila dipadankan sekali. Ini tudung warna lain, mask warna lain. Nampak tak cantik dah. 

Benefits:
Urusan anda berhias pun jadi mudah dan cepat. Dah tahu nak pakai mask apa supaya sentiasa nampak cantik bila keluar.

3) CONTOH AYAT COPYWRITING SKINCARE

Features:
Toner XYZ diperbuat daripada Arbutin Extract, Aloe Vera Extract, Pomegranate Extract, Sakura Extract, Cucumber Extract, Glycerin, Hyaluronic Acid, Salicylic Acid, Kojic Acid dan Peppermint Oil.

Advantages:
Toner XYZ membantu untuk mengecilkan liang pori anda. Kulit akan mula putih dan cerah sekata. Ia juga boleh membekalkan kelembapan kulit. Ramai pelanggan kami yang jerawat menjadi kecut segera. Malah parut dan dark spot semakin pudar.

Benefits:
Selepas ini anda akan dapat pergi ke pejabat dengan lebih rasa yakin dan bersemangat. Kawan-kawan sekerja pun mesti perasan perubahan positif pada diri anda. Dah la makin cantik. Makin berkeyakinan pula tu.

4) CONTOH AYAT COPYWRITING BAJU

Features:
Butik kami ada 100 pasang baju kahwin untuk anda pilih. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan baju sanding, baju nikah dan baju tunang untuk kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.

Advantages:
Anda boleh datang dan tengok sendiri pelbagai pilihan baju kahwin yang ada. Mesti salah satu daripadanya menepati tema perkahwinan anda dan pasangan.

Benefits:
Kami boleh alter baju kahwin yang anda pilih supaya terletak cantik di badan. Sampai tetamu-tetamu majlis perkahwinan anda kata.. Hmm mesti dia buat baju custom made. Tetamu-tetamu pun akan memuji-muji kesegakan dan kecantikan pengantin dari mula majlis sampai tamat.

5) CONTOH AYAT COPYWRITING PERFUME

Features:
Pen Perfume XYZ isi padunya hanya 20ml. Bentuknya pula seakan-akan pen yang sesuai untuk di bawa ke mana-mana saja.

Advantages:
Anda boleh masukkan ke dalam poket seluar atau selitkan di poket baju. Saiz kecilnya juga memudahkan untuk anda simpan di dalam beg tangan.

Benefits:
Jadi bila-bila anda perlu berbau wangi, ambil saja dan spray secukupnya. Baunya akan bertahan selama 5 jam. Manalah tahu tiba-tiba klien nak jumpa. Kenalah jumpa dengan keadaan yang tip-top.

6) CONTOH AYAT COPYWRITING KEK

Features:
Kek Lapis Siti ada macam-macam perisa. Original cheese, Vanilla chocolate, Walnut cheese, Horlicks milo, Strawberry mango dan banyak lagi. Kek lapis Siti diperbuat daripada mentega jenama Golden Churn. 100% mentega asli.

Advantages:
Itulah rahsia kesedapan Kek Lapis Siti. Semuanya enak belaka sebab menggunakan bahan yang berkualiti tinggi.

Benefits:
Jadi sesuai untuk anda hidangkan kek lapis ini pada hari-hari istimewa seperti perayaan, perkahwinan dan sebagainya. Sesuai juga untuk dihadiahkan kepada orang yang teristimewa. Mereka pasti akan teringat-ingat keenakan hadiah yang satu ini.

7) CONTOH AYAT COPYWRITING PRODUK KESIHATAN

Features:
Tonik Rambut XYZ menggabungkan 2 teknologi terbukti secara klinikal iaitu Sel Pembaharuan Pupu dan Sistem Nano Popo.

Advantages:
Sel Pembaharuan Pupu disampaikan secara mendalam ke dalam asas folikel rambut untuk melambatkan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut lebat kembali. Sistem Nano Popo pula membolehkan pelepasan bahan-bahan aktif secara terkawal ke lapisan kulit kepala.

Benefits:
Dengan ini anda bukan hanya akan memiliki rambut yang lebat. Rambut anda juga akan kelihatan hitam dan berkilat. Paling penting, anda akan kelihatan semakin cantik dan menawan dengan rambut yang sihat. Lupakan masalah rambut gugur.

8) CONTOH AYAT COPYWRITING KUIH RAYA

Features:
Setiap tahun beli kuih raya yang sama untuk Aidilfitri. Apa kata tahun ni cuba beli Biskut Florentine Mama Sal. Biskut kami diperbuat daripada bahan yang premium. Antaranya tepung florentine, almond slice, biji labu hijau, kuaci putih dan bijan hitam.

Advantages:
Biskut Florentine Mama Sal tak kedekut bahan ye? Semuanya dibagi secukup rasa dan secukup jumlah. Setiap kali anda mengunyah memang penuh kekacang dalam mulut tu. Rasa yang rangup tak kan buat anda rasa muak.

Benefits:
Percayalah yang biskut ini akan jadi punca tetamu memuji anda semasa datang beraya. Mereka mesti rasa seronok beraya di rumah anda sambil menikmati Biskut Florentine Mama Sal yang enak. Anda sebagai tuan rumah pun mesti lega bila tetamu gembira.

9) CONTOH AYAT COPYWRITING JUAL KERETA

Features:
Ativa adalah kereta tercanggih keluaran Perodua. Mempunyai Advanced Safety Assist (ASA) yang sebelum ini cuma terdapat pada kereta berharga RM100,000 ke atas.

Advantages:
Dengan adanya Advanced Safety Assist, ia dapat mengesan objek yang berada di hadapan seperti kereta, lori, bas dan sebagainya. Malah kini, ia dapat juga mengesan objek lebih kecil seperti motosikal dan basikal. Kereta yang dipandu laju akan brek dengan sendiri jika objek-objek ini dikesan semakin hampir.

Benefits:
Jadi perlanggaran dapat dielakkan. Kemalangan jiwa dapat diatasi. Keselamatan anda dan keluarga tersayang lebih terjamin. Jika keselamatan nyawa anda dan keluarga adalah keutamaan, maka Perodua Ativa adalah pilihan terbaik dengan harga yang berpatutan.

10) CONTOH AYAT COPYWRITING COWAY

Features:
Memperkenalkan Coway Prime Series Mattress. Tilam terbaru daripada Coway. Dibangunkan menggunakan teknologi anti statik. Gabungan fabrik sintetik, fiber semulajadi dan juga bebenang karbon yang sangat nipis.

Advantages:
Tak kisahlah anda tidur mengiring atau melentang, anda tetap rasa sangat selesa. Tidur anda tak kan terganggu walaupun pergerakan pasangan anda di sebelah agak lasak. Tidur anda terasa begitu nyaman dan mendamaikan.

Benefits:
Anda akan dapat bangun pagi dengan bertenaga dan ceria. Dah takde lagi rasa lenguh tulang belakang. Kesihatan juga bertambah baik kerana mendapat tidur yang cukup. Anda dapat fokus dengan kerja dan menjadi pekerja cemerlang di pejabat.



Selesai saya kongsikan 10 contoh ayat copywriting power. Saya bagi contoh-contoh yang ringkas je. Anda boleh la tulis dengan lebih panjang lebar kalau perlu.

Cuma ingat, anda perlu lebih fokus kepada pelanggan daripada produk atau servis yang mahu dijual. Pelanggan tak peduli sangat pun tentang ciri-ciri dan kelebihan produk atau servis anda.

Anda perlu tahu apa sebenarnya manfaat yang pelanggan mahu atau perlu. Kemudian anda selarikan manfaat tersebut dengan ciri-ciri dan kelebihan produk atau servis anda.

Kalau anda tak fokus kepada manfaat pelanggan dan lebih fokus kepada produk atau servis yang mahu dijual, anda sebenarnya sedang menulis ayat copywriting syok sendiri. Bukannya ayat copywriting power.


Saya dah buat bahagian saya untuk kongsikan contoh ayat copywriting power. Sekarang tiba untuk anda buat bahagian anda.

“Eh bahagian apa tu?” ?

Yelah, kalau baca saja perkongsian saya ni apa je dapat? Kena la cuba contoh-contoh ayat copywriting power yang saya dah kongsi ni.

Antara 10 contoh ayat copywriting power ni yang mana sesuai untuk bisnes anda? Selamat mencuba.

Perkataan power: Sebab..

Bagi sebab dan pelanggan akan beli.Kajian ni dibuat di sebuah perpustakaan pada tahun 1977 oleh Elle…

Perkataan power: Cepat!

Setiap pagi saya akan hantar anak ke taska macam biasa.Ada satu hari tu masa berhenti di lampu trafi…

Perkataan power: Baru!

Baru.Perkataan ini berikan kita rasa positif, rasa best.Kereta baru.. rasa best kan?Rumah baru.. pun…

3 thoughts on “10 contoh ayat copywriting power!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top