Psikologi iklan: Ayam goreng McD

Krup krap krup krap kurap..

“Yang nak makan ayam goreng McD lah..”

“Loh.. kita baru dinner tadi. Takkan nak makan lagi dah?”

“Hari-hari dengar iklan radio ayam goreng McD ni, rasa mengidam pulak.”

“Sedap ke?”

“Bunyi macam best je yang.. mesti sedap. Kita take away kat drive thru je..”


Satu kajian telah dibuat. Peserta diberikan beberapa kenyataan.

Sebahagian kenyataan tersebut diulang banyak kali. Selebihnya hanya sekali.

Peserta diminta untuk tandakan kenyataan mana lebih dipercayai.

Hasil kajian menunjukkan kenyataan yang diulang banyak kali lebih dipercayai.

Ada lagi satu kajian dibuat. Kali ini peserta diberi 60 kenyataan.

20 daripadanya adalah kenyataan berulang.

Peserta kemudian diminta untuk tandakan skala 1-7 untuk setiap kenyataan.

1 = paling tak dipercayai
7 = paling dipercayai

Hasil kajian ini juga menunjukkan kenyataan yang berulang-ulang akan lebih dipercayai.

“Tell the audience what you’re going to say, say it; then tell them what you’ve said.”
Dale Carnegie

Dalam iklan atau ayat copywriting, ulang maklumat yang anda mahu audien ingat dan kemudian percaya.

Sampai masa, memang mereka akan ingat dan percaya.

Ayam goreng biashe-biashe pun akhirnya orang akan percaya sangat sedap.

So, apa yang anda akan ulang-ulang dalam iklan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top