Anda suka tak dapat duit ekstra RM159,000 dalam masa 10 bulan tanpa perlu bekerja lebih?
Kalau suka, tolong baca ni sampai habis.
Ini cerita tentang sepasang suami isteri, Tuan Daus dan Puan Ira. Mereka menjalankan bisnes di Johor Bahru.
Satu hari tu Puan Ira PM saya di Facebook untuk berkongsikan kegembiraan beliau.
Total jualan bisnes mereka selama 10 bulan telah mencecah RM412,000!
Secara puratanya sebulan dalam RM41,200.
Kalau tahun lepas jualan mereka hanya RM253,000 setahun.
Kiranya sebulan hanya dalam RM21,000.
Kita dapat lihat yang jualannya telah naik hampir 2 kali ganda!
Bisnes mereka juga telah berjaya dapat duit ekstra RM159,000!
Cuba bayangkan anda yang dapat naikkan jualan 2 kali ganda dan dapat duit ekstra..
Mari kita buat kira-kira sikit:
Katakan jualan anda sekarang RM10,000 sebulan. Lepas gunakan strategi harga yang saya ajar, naik jadi RM20,000.
Dah dapat RM10,000 ekstra. Apa yang anda akan gunakan dengan duit ni?
Itu kalau dapat RM10,000 ekstra. Kalau lebih macam RM70,000 ke, RM150,000 ke, RM300,000 ke..
Amacam?
Macam mana nak dapat ramai pelanggan?
“Senang je. Jual murah.”
Hmm yelah. Lepas tu dapat untung nyawa-nyawa ikan. Ada untung pun dah cukup baik. Banyak kes saya jumpa, takde untung pun.
Harga jualan tak dapat pun nak cover semua kos. Ikut-ikut orang letak harga. Makin rugi jadinya.
Kalau anda nak dapat lebih ramai pelanggan tanpa terpaksa jual murah, teruskan membaca.
“Ada 2 orang bodoh dalam bisnes. Pertama yang letak harga jualan terlalu rendah. Kedua yang letak harga jualan terlalu tinggi.”
~ Pepatah Rusia
Kebanyakan usahawan tak nampak hubung kait harga jualan dan keuntungan.
Bayangkan anda jual X. Sebulan 1,000 unit. Harga seunit RM90. Jumlah jualan RM90,000 sebulan.
Katakan anda naikkan harga 1% je. Jadi RM90.90 seunit. Jumlah jualan kini RM90,900 sebulan.
Dah dapat ekstra RM900 sebulan.
Apa anda boleh buat dengan RM900 ekstra tu?
“Err bayar elektrik. Bayar internet. Bayar sewa. Bayar gaji. Bayar komisyen. Bayar kos marketing. Eh macam-macamlah.”
Itu baru naikkan 1%. Kalau 5%? Kalau 10%? Kalau 20%? Kiralah sendiri.
“Kalau 5% dapat RM4,500 ekstra. Kalau 10% dapat RM9,000 ekstra. Kalau 20% dapat RM18,000 ekstra. Wow banyaknya!”
Simon-Kucher & Partners adalah syarikat perunding strategi dan pemasaran yang beroperasi di 23 negara. Mereka menyatakan bahawa harga adalah penentu keuntungan nombor satu.
Ulang suara. Harga adalah penentu keuntungan nombor satu!
Sayangnya, penentu keuntungan nombor satu ni sering diambil ringan oleh usahawan.
Kebanyakan usahawan menentukan harga jualan dengan cara berikut:
1. Tentukan harga berdasarkan kos.
Kalau kos RM20, dia gandakan jadi RM40. Atau dia darab 4 jadi RM80. Kos sudah jadi bos.
2. Tentukan harga ikut harga pasaran.
Kalau harga di pasaran banyak RM50, dia pun main ikut je jual RM50 jugak. Terpenjara dengan harga.
3. Tentukan harga dengan lawan harga pesaing.
Kalau pesaing jual RM100, dia jual RM80. Kalau pesaing turun lagi harga, dia turun lagi banyak. Ini gali kubur sendiri.
Jika inilah cara anda tentukan harga semata-mata, maka anda berada dalam kerugian dan telah melakukan kesilapan.
Kami ada banyak case study dari student dan klien. Dulu mereka ada banyak masalah seperti di bawah:
+ Tak tahu nak letak harga berapa.
+ Takut letak harga sepatutnya sampai rugi.
+ Tak yakin letak harga lebih tinggi.
+ Tak tahu berapa untung sepatutnya dapat.
+ Terlepas keuntungan yang boleh dapat.
+ Bisnes tak membesar sebab tak ada bajet.
+ Pelanggan senyap lepas tahu harga.
+ Pelanggan komplen harga mahal.
+ Pesaing cantas harga sampai jadi perang harga.
+ Tak balik modal dan tak boleh rolling modal.
+ Silap kira kos sampai tak tercover overhead.
+ Nak bayar gaji sendiri pun tak lepas.
+ Jualan banyak tapi untung tak nampak.
+ Salah tentukan harga ejen dan stokis.
Tapi sekarang alhamdulillah dah berubah jadi:
+ Dah letak harga yang tepat.
+ Berani letak harga betul dan menguntungkan.
+ Yakin untuk letak harga lebih tinggi.
+ Tahu berapa untung sepatutnya dapat.
+ Kaut semua untung yang boleh dapat.
+ Bisnes makin besar sebab ada bajet dah.
+ Pelanggan terus respon lepas tahu harga.
+ Pelanggan beli walaupun harga mahal.
+ Menang dalam perang harga dengan pesaing.
+ Cepat balik modal dan mampu rolling modal.
+ Kira kos dengan betul sampai boleh cover overhead.
+ Boleh bayar gaji sendiri dan ramai staf.
+ Jualan banyak, untung berganda, ada simpanan.
+ Harga ejen dan stokis mudah dibetulkan.
Macam mana mereka boleh dapat perubahan positif ni? Apa usaha yang mereka buat untuk mencapainya?
Mereka semua join belajar Strategi Harga dengan kami. Memperkenalkan, KOSH!
“Menda KOSH ni?”
KOSH adalah singkatan Kursus Online Strategi Harga. Anda boleh join untuk belajar Strategi Harga secara online.
Jadi anda boleh belajar dari rumah atau di mana-mana yang ada internet. Selesa kan macam ni?
Konten KOSH adalah versi yang terkini. Lebih 80% konten terbaru ditambah baik hasil daripada respon dan kerjasama student Strategi Harga sebelum ini.
Anda akan diajar dengan 3 strategi harga yang boleh anda pilih untuk gunakan. 3 strategi harga ni jarang usahawan gunakan. Kalau anda guna, anda punya kelebihan.
Strategi-strategi ini pula disokong oleh lebih 30 taktik harga yang praktikal untuk anda amalkan. Tak perlu guna semua pun. Guna mana perlu je. Mudah.
Dengan ini anda akan dapat buat keputusan yang lebih baik dalam menggunakan harga sebagai strategi bisnes.
Ada orang pernah melawak dengan saya;
“Punca barang naik kat Malaysia ni ada 3. Pertama GST. Kedua minyak. Ketiga Umar.”
Sebenarnya KOSH bukan soal untuk naikkan harga dan tingkatkan keuntungan saja. Ia lebih daripada itu.
KOSH juga akan bantu anda untuk:
+ Tentukan harga satu produk kepada spesifik seorang pelanggan.
+ Tentukan harga pelbagai produk kepada ramai pelanggan.
+ Menjual kepada pelanggan yang tak suka dengan harga yang anda bagi.
+ Menjual kepada pelanggan yang tak nampak produk anda boleh membantu.
+ Menjual kepada pelanggan yang rasa tak berbaloi untuk beli produk anda.
+ Kenal pasti nilai yang anda jual kepada pelanggan.
+ Aktifkan pelanggan yang sudah lama menyepi dengan harga.
+ Tingkatkan margin untung pada setiap jualan.
+ Dapatkan keuntungan yang selama ini diabaikan.
+ Naikkan harga tapi pelanggan semakin suka dan senang hati untuk bayar.
+ Mengenakan harga yang berbeza kepada pelanggan yang berbeza.
+ Jual dengan harga berbeza untuk produk yang sama.
+ Lawan balik pesaing yang mulakan perang harga tanpa menjual murah.
+ Kira kos nyata dan tersembunyi yang selalu terlepas pandang.
+ dan banyak lagi.
Selepas anda daftar KOSH, anda akan diberi:
+ Online video. Ada lebih kurang 30 video. Tak banyak, tak sikit. Just nice.
+ Handout. Sambil tonton video, boleh gunakan handout ni untuk lebih faham dan tangkap apa yang disampaikan. Takdelah blur memanjang.
+ Lembaran kerja. Isi lembaran kerja ni dan hantar kepada saya. Saya akan semak supaya anda tak buat silap lagi.
+ Template. Isi-isi tempat kosong, keluar harga kos. Isi-isi tempat kosong, dapat idea nak jual berapa. Isi-isi tempat kosong, keluar harga jualan.
+ Online support. Kami tak biarkan anda terkontang-kanting lepas dah daftar KOSH. Kalau ada tak paham boleh emel atau PM je kami.
+ Membership Access. Anda akan diberikan password khas untuk akses ke page ahli yang ekslusif.
+ Private Online Consulting. Anda dan saya akan ada sesi private online consulting selama 2 jam untuk kita cuba selesaikan apa-apa masalah harga dan bisnes anda. Sesuai untuk anda yang tinggal jauh dan nak jimatkan masa.
+ Face To Face Consulting. Anda dan saya akan ada sesi face to face consulting selama 2 jam untuk kita cuba selesaikan apa-apa masalah harga dan bisnes anda. Sesuai untuk anda yang boleh datang jumpa saya personally.
Sebelum pergi lebih lanjut, eloklah saya kenalkan diri dulu. Nama saya Umar Taib. Pengasas Umarvellous. Kami telah bantu banyak bisnes untuk dapatkan lebih ramai pelanggan setiap hari. Kami telah mula berkongsi ilmu dan pengalaman bisnes sejak tahun 2010.
Saya mempunyai buku-buku tentang bisnes yang boleh didapati di kedai buku Popular dan MPH.
Saya pernah ditemuramah pihak Astro untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya di dalam bidang bisnes.
Ramai usahawan daripada Malaysia, Brunei dan Singapura telah menuntut ilmu daripada saya.
Saya juga menawarkan servis business consulting kepada para usahawan. Anda kena bayar RM500 sejam untuk dapatkan nasihat bisnes daripada saya.
Di bawah adalah antara ramai usahawan dan banyak bisnes yang telah saya bantu (dengan izin Allah) untuk dapatkan apa mereka mahu dengan menggunakan Strategi Harga.
Betul dapat order tapi takde untung. Jika ada pun perlu cover kos-kos tersembunyi lain. Seolah macam buat kerja kebajikan. Niat yang baik pun tapi tak datangkan apa-apa pulangan lama-lama akan jadi rungutan. Jadi sekarang saya masih dalam proses menyemak semula harga-harga sebelum ni dan buat harga baru. Strategi Harga ni bagi saya panduan yang betul dan mendatangkan hasil.”
Kalau pandai letak, boleh dapat untung besar dan untung tu bolehlah di’rolling’ balik sebagai modal ataupon bolehlah saya upgrade servis kepada customer saya.
Memang tak dinafikan panduan Strategi Harga tuan tu banyak membantu saya dalam hal ni.”
Dulu main letak je harga. Sekarang dah tahu pengiraan untuk letak harga.
Malah saya dah tahu cara manipulasi fikiran customer untuk beli barang tanpa customer kisah pasal harga.”
Tapi dengan formula dan info yang umar berikan tu memang berkesan. Sales saya nampak peningkatan dalam seminggu ni.”
Pengiraan tentang kos juga jadi lebih mudah, teratur dan terurus dengan kaedah yang cikgu kongsikan dengan saya hari tu.”
Cara nak lawan pesaing yang suka cantas harga pun ada. Yang paling penting, lepas baca amalkan terus.”
Anda akan diberi akses ke member site. Kemudian boleh mula ikut masa anda. Akses diberikan sepanjang masa. Jadi anda boleh belajar ikut tempo anda sendiri.
Anda boleh minta untuk wang dipulangkan dalam masa 90 hari. Cukup masa untuk anda belajar dulu dan amalkan sampai berhasil.
KOSH ni kursus online. Anda akan belajar Strategi Harga secara online. Jadi boleh belajar di rumah atau mana-mana je yang anda internet. Ikut keselesaan anda nak belajar kat mana dan bila.
Video yang paling pendek selama 5 minit 55 saat. Video yang paling panjang 22 minit 30 saat. Kebanyakan video lebih kurang 10 minit je. Saya tak buat lebih dari 30 minit supaya anda tak buang masa dan dapat belajar dengan cepat.
Anda hantar emel di hai@umarvellous.com atau PM je fan page Umarvellous. Kami sedia membantu.
Yuran KOSH ada 3 pakej. Jadi boleh pilih mana yang sesuai untuk anda. Klik sini sekarang untuk pilih.
Sempena promosi terbaru pada..
Hari: Selasa (23 Mac)
Masa: 8.00 malam – 11.59 malam
..akan ada diskaun istimewa untuk anda!
Diskaun sebanyak 10%!
Masukkan saja kod kupon di bawah pada borang pendaftaran nanti:
kosh2303
00
hari
00
jam
00
minit
00
saat
Diuruskan oleh Umarvellous. PM kami di Facebook dengan klik di sini untuk sebarang pertanyaan.