Saya Umar Taib.
Selamat datang ke Free Training: Ayat Jualan Menarik Pelanggan.
Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk membina ayat jualan yang mampu menarik ramai pelanggan dengan 3 langkah.
Dan pelanggan ni semua akan dengan gembiranya menyerahkan banyak duit kepada anda.
Anda boleh gunakan ayat jualan ini di media sosial, website, whatsapp, emel, video dan lain-lain.
Anda cuma perlu belajar sekali.
Kemudian gunakan berkali-kali untuk buat jualan dan untung.
Sedia?
Mari mulakan sekarang!
LANGKAH 1
Bayangkan..
Anda di sebuah warung.
Sedang minum secawan air.
Sedang sibuk bermain henfon.
Kemudian datang seseorang dan duduk di meja sebelah.
Wajahnya tak terukir senyuman.
Seperti ada sesuatu yang tak kena.
“Pak Kodi.. kopi jantan satu, kopi janda satu. Aaa bawak sekali kopiko.”
“Amboi Ucop.. banyaknya kopi.”
“Kepala tengah serabut la Pak Kodi.. mata dah la mengantuk.”
“Awatnya? Hang okey ka?”
“Macam ni Pak Kodi.. bla bla bla bla.”
Ucop menjawab soalan Pak Kodi dengan panjang lebar.
Di sinilah keajaiban bermula.
Apa Ucop sedang ceritakan kepada Pak Kodi adalah sesuatu yang boleh anda bantu.
Dia mengalami masalah yang mampu anda selesaikan.
Dia mahukan sesuatu yang boleh anda berikan.
Ucop adalah prospek ideal anda.
Tulis apa yang prospek ideal anda sedang luahkan.
Inilah ayat atau perkataan yang asli datang daripada prospek.
Bukan yang dibuat-buat.
Bukan yang anda agak-agak.
Inilah caranya untuk anda menembus masuk ke dalam minda prospek ideal.
Kalau berjaya lakukan ini, anda dah mengatasi pesaing lain yang malas melakukannya.
Yang tak tahu apa sebenarnya masalah pelanggan.
Yang tak tahu apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran pelanggan.
Apa impian sebenar pelanggan?
Apa cabaran sebenar pelanggan?
Apa motivasi sebenar pelanggan?
Apa ketakutan sebenar pelanggan?
Semua maklumat ini sudah berada dalam genggaman anda.
Anda dah tahu apa sebenarnya yang berada dalam minda mereka.
Ini langkah asas.
Ini langkah yang sangaaaaat penting untuk membina ayat jualan menarik pelanggan.
Tanpa mengambil langkah ini, anda tak kan tahu apa yang berada dalam minda pelanggan.
Jadi akan akan hasilkan ayat jualan syok sendiri.
Bukannya ayat jualan menarik pelanggan.
Sekarang cuba fikirkan apa yang prospek ideal anda akan cerita dalam situasi ini.
Apa yang dia akan luahkan kepada Pak Kodi?
Tulis semua yang keluar dari mulut dia.
Ambil masa dalam 5 minit untuk fikir.
Kemudian tulis semua.
Lepas dah tulis, kita ke langkah kedua.
Klik je butang di bawah.
[/text_block]