Terima kasih!
Kami akan emel dan SMS anda apabila promosi bermula nanti. Pastikan anda buka emel dan SMS supaya tak terlepas.
Klik kotak di bawah untuk baca cerita peserta yang berjaya mendapat perubahan positif.
Lebih seronok untuk close sales!
Kepala anda serabut, jiwa anda kacau, itu tandanya anda sedang stres.
Stres dah berhari-hari tak ada jualan, stres target sales belum tercapai, stres dengan persaingan semakin sengit, stres dengan kerenah prospek.
Anda pula redha saja. Kalau begini keadaannya, maka tak peliklah anda terus susah nak dapatkan jualan.
Apa cara untuk anda selesaikan masalah ni?
Anda kena bertindak. Jika anda hanya bepeluk tubuh atau masih buat pekara yang sama, keadaan takkan berubah menjadi lebih baik.
Apa tindakan yang boleh anda buat?
Cuba bercakap dengan seseorang yang pernah alami masalah yang sama. Tanya bagaimana mereka melalui situasi tersebut? Apa solusinya?
Anda akan dapat pencerahan baru dan harapan baru untuk keluar dari kepompong masalah yang dihadapi.
Atau anda boleh contohi tuan Rushdi ni..
“Alhamdulillah. Saya dapat cara untuk kalis alasan-alasan pembeli.
Kalau dulu bila customer bagi alasan kita terus konsep redha, macam terhenti dekat situ sebab blur tak tau nak tanya untuk next soalan.
Tapi lepas baca ebook tuan dan saya ajar pada team saya, mereka lebih seronok untuk close sales.“
~Rushdi Lazim
Dah tak perlu nak redha secara membabi buta, dah tak perlu nak stres untuk dapatkan jualan daripada prospek yang suka bagi alasan.
Sekarang sudah seronok untuk close sales. Rasa gembira dan rasa bahagia mula menjelma.
Mengikut kajian University of Warwick, orang yang gembira boleh meningkat produktiviti mereka sehingga 20%
Katakan anda selama ni larat layan 50 prospek je sehari, jika anda buat dalam keadaan gembira, anda mampu layan sehingga 60 prospek.
Harvard Business Review pula dapati staf sales yang gembira, dapat tingkatkan jualan sehingga 37%.
Katakan jualan anda selama ni RM100,000 sebulan, dengan staf sales yang gembira jualan boleh ditingkatkan sehingga RM137,000.
Jualan meningkat 20% daripada biasa.
“Terima kasih atas tip-tip yang diberi. Jualan saya meningkat 20% daripada biasa.“
~Azri Affendy
Apa jadi kepada bisnes anda kalau jualan meningkat kepada 20% macam student panduan Kalis Alasan ni?
Katakan anda jual X. Harganya RM100.
Seminggu anda mampu dapatkan 70 pelanggan.
Maka jualan anda RM7,000 seminggu.
Katakan anda boleh tingkatkan jualan sehingga 20%.
Sekarang jualan anda adalah RM8,400.
Dah bertambah RM1,400 seminggu.
Atau bertambah RM5,600 sebulan.
Semua sekali dah pun meningkat kepada RM33,600!
Cuba bayangkan apa anda boleh buat dengan jualan dan keuntungan yang dah bertambah ni?
Tapi ini cuma anggaran. Boleh jadi lebih, boleh jadi kurang.
Yang penting ada usaha pada pihak anda. Bila berusaha, anda ada peluang untuk tingkatkan jualan.
Bila usaha ala kadar, apa sebenarnya yang anda harapkan?
Macam student panduan Kalis Alasan yang sorang lagi ni. Nama beliau Cik Sheena.
“Sebelum ini saya lebih kepada ‘Ok, bye-bye. Tak nak sudah. Rugi tak beli dengan aku’. Terus abandon customer tu dan redha je la orang tak nak beli dengan saya. Haha…”
Syukurlah sekarang dia dah bertaubat dan tak macam ni lagi. Kalau diteruskan begini, memang ramai prospek yang akan lari.
Bila dah lari, macam mana nak ada peluang buat jualan? Buka pintu peluang buat jualan seluas-luasnya!
Dapat 5 klien dalam masa 5 hari.
Kepada ejen takaful, unit trust, penapis air, direct selling dan yang sewaktu dengannya.
Ramai di antara mereka mempunyai masalah yang sama. Apakah masalah tu?
Tak confident bila nak berjumpa dengan prospek. Keyakinan diri tu sangat goyah.
Apabila pendapatan semakin berkurang, akhirnya mereka terpaksa membuat keputusan kembali kepada pekerjaan yang tak disukai.
Kenapa boleh jadi macam ni?
Majoriti daripada mereka tak bertahan lama kerana kelemahan dalam menangani bantahan atau memberi respon yang betul terhadap alasan prospek.
Antara sebabnya adalah kurangnya persediaan. Saya bagi perumpamaan mudah.
Katakan anda diminta terjun di tengah laut yang bergelora. Tapi anda diberi pilihan.
Nak terjun dengan pelampung atau tidak? Mana pilihan yang lebih selamat?
Sudah semestinya terjun dengan pelampung lah kan. Ini persediaan yang lebih baik daripada terjun dengan tangan kosong.
Mungkin anda boleh berenang. Tapi tak sama berenang di kolam renang berbanding laut yang bergelora.
Jadi apa pelampung yang anda bawa semasa nak berjumpa dengan prospek?
Atau anda main terjun je? Dan akhirnya tenggelam dan lemas dengan alasan-alasan prospek.
“Saya telah mendapat idea yang baru. Baru close 5 orang minggu lepas. Saya merasa puas berbual dengan pelanggan dan teknik ni sangat berguna.
Sekarang ni saya rasa sangat bersedia dengan alasan-alasan yang akan diberikan oleh pelanggan.”
~Izz Al Hakim
Tuan Izz adalah salah seorang student Panduan Kalis Alasan. Beliau dapatkan panduan ini pada 19 Disember.
Pada 24 Disember beliau bagitahu berjaya close seramai 5 orang. Bermakna selepas 5 hari menggunakan panduan ini beliau telah pun berjaya mendapat hasilnya.
Cuba bayangkan anda dapat hasil yang sama seperti beliau. Anda gembira tak kalau boleh dapat 5 klien dalam masa 5 hari? Berapa dah komisyen anda dapat?
8 daripada 10 prospek bertukar jadi pelanggan.
Pernah tak prospek minta untuk beli barang secara COD?
Tapi bila anda kata hanya boleh secara delivery, terus dia tak jadi beli.
“Terima kasih atas tip COD yang tuan berikan. Alhamdulillah dalam ramai yang minta COD 40% menjadi dengan teknik tuan. Syukur dari diorang terus lari kan.”
~Tuan Azizul
Tuan Azizul antara yang pernah saya ajarkan teknik dan skrip yang ada dalam panduan Kalis Alasan.
Sebelum ni dia ada masalah ramai prospek yang tak jadi beli sebab tak dapat nak COD.
Kita pun fahamlah kenapa beliau tak nak COD. Banyak makan masa, tenaga dan kos. Mungkin tak berbaloi dan untung jadi sikit.
Boleh jadi juga ada barang yang dijual secara dropship. Jadi stok memang tiada di tangan. Macam mana nak COD.
Selepas beliau gunakan 1 teknik dan skrip jualan yang saya ajarkan, 40% mereka yang selalu tak jadi beli tu bertukar jadi beli.
Katakan selama ni anda terlepas 10 pelanggan sehari, sekarang dah kurang jadi 6 pelanggan sebab 4 dah jadi beli.
Tuan Azizul juga ada kongsikan tip dengan saya macam mana dia naikkan lagi kepada 80% jadi beli.
Beliau hantar gambar kepada prospek. Gambar apa tu?
Gambar skrinsyot mesej daripada pelanggan yang bagitahu dah selamat terima barang.
Kemudian dia tambah sikit skrip yang saya pernah bagi.
“Usah risau kami memang biasa buat delivery. Ini contoh delivery yang kami buat. Yang ni baru je sampai semalam.”
Makin latest contoh delivery makin mudah prospek decide untuk beli.
Sekarang daripada 10 prospek yang dulu tak jadi beli, 8 prospek bertukar jadi beli.
Nak dapatkan prospek bukannya mudah. Anda pun tahu susah kan?
Bila dah dapat sakit pula hati boleh terlepas macam tu je sebab tak berjaya tukarkan mereka jadi pelanggan. Dah la kena labur kos marketing yang tinggi.
Untuk dapatkan seorang prospek mungkin kena labur sampai RM30. Kalau dah 10 prospek terlepas kan dah lebur RM300!
Psssttt.. saya nak bocorkan rahsia.
Sebenarnya teknik dan skrip jualan yang Tuan Azizul ni gunakan ada dalam panduan 15 Alasan Popular + 30 Skrip Jualan.
Prospek anda liat nak membeli?
Anda ada tak prospek yang liat nak membeli?
Dah berhari-hari, dah berminggu-minggu anda cuba yakinkan dia untuk buat pembelian tapi masih tak berjaya.
Kalau ada, teruskan membaca. Mungkin cerita Puan ZA ni boleh membantu.
Ada 1 hari tu beliau PM saya di FB. Berkongsikan kegembiraan beliau berjaya dapatkan jualan daripada seorang prospek yang sebelum ni liat betul nak membeli.
Macam-macam alasan dibaginya. Kereta baru keluarlah, ada komitmen tinggilah, tak sempatlah dan sebagainya.
Rasanya anda pun dah biasa terima alasan-alasan ni semua daripada prospek kan?
Jadi dia pun gunakan apa yang saya ajar dalam panduan Kalis Alasan.
Walaupun dalam panduan ni ada banyak teknik dan skrip jualan, beliau tak gunakan semua pun untuk dapatkan jualan ni. Guna mana perlu je.
Alhamdulillah beliau berjaya close sales prospek yang dulunya liat nak membeli. Tak sia-sia beliau buat pelaburan sikit untuk dapatkan panduan Kalis Alasan.
Satu perkara yang saya nak puji tentang beliau adalah sifat yang tak mudah putus asa. Orang lain mungkin dah give up bila dapat prospek liat macam ni.
Tapi beliau tetap bersemangat untuk dapatkan jualan dan tak berhenti mencuba dengan teknik dan skrip jualan yang beliau telah belajar.
“Saya dapat belajar teknik-teknik bagaimana mengatasi bantahan pelanggan yang pada asalnya skeptikal, tak mahu beli yang kesudahannya boleh membawa kepada pembelian.”
~ Ahmad Nazri
Kita ni bila tak tahu sesuatu perkara, eloklah belajar. Kalau tidak sampai bila-bila pun kita akan berhadapan dengan masalah yang sama.
Masalah yang tak pernah mampu diselesaikan. Bukannya sebab tak ada jalan penyelesaian, kadang solusi tu dah ada pun depan mata.
Tapi diri kita sendiri yang menolak untuk menerima solusi tersebut. Tak mahu belajar ilmu baru yang sebenarnya boleh berikan 1001 manfaat.
Lihat bagaimana Tuan Ahmad Nazri ni, tak malu untuk terus belajar walaupun umur beliau dah lebih 50 tahun.
Selepas belajar dari panduan Kalis Alasan, beliau dah tahu bagaimana mengatasi bantahan pelanggan yang mulanya skeptikal, tapi akhirnya membawa kepada pembelian.
Nak tip-tip percuma tentang bisnes?
Join channel telegram Umarvellous.
Klik je sini sekarang!