Panduan – Strategi Harga

[text_block style=”style_1.png” align=”left”]

Tempahan anda akan diproses. Kami akan emelkan link download panduan selepas bayaran disahkan. Emel tersebut bertajuk ‘download Panduan Psikologi Harga sekarang‘. Kalau tiada di inbox, cuba cari di spam atau folder-folder lain. Terima kasih dan salam kejayaan!

[/text_block]

Dulu jualan RM253k. Sekarang jualan RM412k.

RM412,000 – RM253,000 = RM159,000

Apa anda akan buat dengan duit ekstra RM159,000?

[text_block style=”style_1.png” align=”center” font_size=”17″ width=”600″]

Ini cerita tentang sepasang suami isteri, Tuan Daus dan Puan Ira. Mereka menjalankan bisnes di Johor Bahru.

Satu hari tu Puan Ira PM saya di Facebook untuk berkongsikan kegembiraan beliau.

Total jualan bisnes beliau selama 10 bulan telah mencecah RM412,000!

Secara puratanya sebulan dalam RM41,200.

Kalau tahun lepas jualan beliau hanya RM253,000 setahun.

Kiranya sebulan hanya dalam RM21,000.

Kita dapat lihat yang jualannya telah naik hampir 2 kali ganda!

Bisnes beliau juga telah berjaya dapat duit ekstra RM159,000!

 

Cuba bayangkan anda yang dapat naikkan jualan 2 kali ganda dan dapat duit ekstra..

Mari kita buat kira-kira sikit:

Katakan jualan anda sekarang RM10,000 sebulan. Lepas gunakan strategi harga yang saya ajar, naik jadi RM20,000.

Dah dapat RM10,000 ekstra. Apa yang anda akan gunakan dengan duit ni?

Itu kalau dapat RM10,000 ekstra. Kalau lebih macam RM70,000 ke, RM150,000 ke, RM300,000 ke.. Amacam?

 

[/text_block]

[text_block style=”style_1.png” align=”center” width=”700″]

Anda nak pelanggan lebih ramai daripada sekarang?

Anda nak margin untung paling tinggi daripada setiap jualan?

Hari ini saya akan bantu anda menjual kepada lebih ramai pelanggan dengan margin untung paling tinggi!

[/text_block]

Ikram Al-Banjari

Ikram Al-Banjari

Saya masih ingat ketika awal berniaga dahulu, perkara yang paling sukar untuk diputuskan ialah menetapkan harga.

Saya bingung berfikir soal mengira kos produk yang saya jual. Apakah kos yang patut saya ambil kira dan bagaimana pula garis panduan untuk meletakkan harga?

Saya mengambil masa yang lama untuk faham dan mahir. Itupun selepas banyak kali rugi dan gagal!

Strategi Harga karya Tuan Umar ini adalah penyelamat kepada kerugian besar dan membuang masa lama seperti saya.

Ia adalah ilmu shortcut yang semua orang patut ambil tahu dan praktiskan. Saya cukup suka!

Justeru, saya syorkan kepada sesiapa sahaja terutamanya yang baru memulakan bisnes untuk mendapatkan panduan ini segera. Saya tidak akan rekomen benda yang tidak bagus.

Hafiz Mansor

Hafiz Mansor

Memang diperlukan oleh sesiapa yang berniaga tak kira la korang berniaga online atau offline.

Umar ajar dalam ni tentang tak perlu risau apa jenis harga dan tetap akan ada orang beli kalau kita tau strategi harga.

Bila berniaga, letak harga murah salah, letak harga mahal pun salah. Apa yang tak kena? Kadang2 letak harga murah orang tak beli, letak harga mahal ramai pulak beli. Kan pelik tu.

So strategi harga tu penting untuk naikkan sales dan menjana keuntungan. Step by step diajar supaya tak salah korang nak letakkan harga.

Berniaga dah lama, jual banyak tapi tak untung2. Kenapa? Harga salah letak juga salah satu faktor sampai lupa nk kira kos2 yang lain.

Bagi aku berbaloi untuk korang susun semula strategi harga. Dari tanggung rugi banyak, lebih baik susun semula strategi harga.

[text_block style=”style_1.png” align=”center” font_size=”17″ width=”600″]

Macam mana nak dapat ramai pelanggan?

“Senang je. Jual murah.” 

Hmm yelah. Lepas tu dapat untung nyawa-nyawa ikan. Ada untung pun dah cukup baik. Banyak kes saya jumpa, takde untung pun.

Harga jualan tak dapat pun nak cover semua kos. Ikut-ikut orang letak harga. Makin rugi jadinya.

Kalau anda nak dapat lebih ramai pelanggan tanpa terpaksa jual murah, teruskan membaca.

“Ada 2 orang bodoh dalam bisnes. Pertama yang letak harga jualan terlalu rendah. Kedua yang letak harga jualan terlalu tinggi.”
~ Pepatah Rusia

Kebanyakan usahawan tak nampak hubung kait harga jualan dan keuntungan.

Bayangkan anda jual X. Sebulan 1,000 unit. Harga seunit RM90. Jumlah jualan RM90,000 sebulan.

Katakan anda naikkan harga 1% je. Jadi RM90.90 seunit. Jumlah jualan kini RM90,900 sebulan.

Dah dapat ekstra RM900 sebulan.

Apa anda boleh buat dengan RM900 ekstra tu?

“Err bayar elektrik. Bayar internet. Bayar sewa. Bayar gaji. Bayar komisyen. Bayar kos marketing. Eh macam-macamlah.”

Itu baru naikkan 1%. Kalau 5%? Kalau 10%? Kalau 20%? Kiralah sendiri.

“Kalau 5% dapat RM4,500 ekstra. Kalau 10% dapat RM9,000 ekstra. Kalau 20% dapat RM18,000 ekstra. Wow banyaknya!”

Simon-Kucher & Partners adalah syarikat perunding strategi dan pemasaran yang beroperasi di 23 negara. Mereka menyatakan bahawa harga adalah penentu keuntungan nombor satu.

Ulang suara. Harga adalah penentu keuntungan nombor satu!

Sayangnya, penentu keuntungan nombor satu ni sering diambil ringan oleh usahawan.

 

Kebanyakan usahawan menentukan harga jualan dengan cara berikut:

1. Tentukan harga berdasarkan kos.

Kalau kos RM20, dia gandakan jadi RM40. Atau dia darab 4 jadi RM80. Kos sudah jadi bos.

2. Tentukan harga ikut harga pasaran.

Kalau harga di pasaran banyak RM50, dia pun main ikut je jual RM50 jugak. Terpenjara dengan harga.

3. Tentukan harga dengan lawan harga pesaing.

Kalau pesaing jual RM100, dia jual RM80. Kalau pesaing turun lagi harga, dia turun lagi banyak. Ini gali kubur sendiri.

Jika inilah cara anda tentukan harga semata-mata, maka anda berada dalam kerugian dan telah melakukan kesilapan.

[/text_block]

[text_block style=”style_1.png” align=”center” font_size=”17″ width=”600″]

 

Kami ada banyak case study dari student dan klien. Dulu mereka ada banyak masalah seperti di bawah:

  • Tak tahu nak letak harga berapa.
  • Takut letak harga sepatutnya sampai rugi.
  • Tak yakin letak harga lebih tinggi.
  • Tak tahu berapa untung sepatutnya dapat.
  • Terlepas keuntungan yang boleh dapat.
  • Bisnes tak membesar sebab tak ada bajet.
  • Pelanggan senyap lepas tahu harga.
  • Pelanggan komplen harga mahal.
  • Pesaing cantas harga sampai jadi perang harga.
  • Tak balik modal dan tak boleh rolling modal.
  • Silap kira kos sampai tak tercover overhead.
  • Nak bayar gaji sendiri pun tak lepas.
  • Jualan banyak tapi untung tak nampak.
  • Salah tentukan harga ejen dan stokis.

 

Tapi sekarang alhamdulillah dah berubah jadi:

  • Dah letak harga yang tepat.
  • Berani letak harga betul dan menguntungkan.
  • Yakin untuk letak harga lebih tinggi.
  • Tahu berapa untung sepatutnya dapat.
  • Kaut semua untung yang boleh dapat.
  • Bisnes makin besar sebab ada bajet dah.
  • Pelanggan terus respon lepas tahu harga.
  • Pelanggan beli walaupun harga mahal.
  • Menang dalam perang harga dengan pesaing.
  • Cepat balik modal dan mampu rolling modal.
  • Kira kos dengan betul sampai boleh cover overhead.
  • Boleh bayar gaji sendiri dan ramai staf.
  • Jualan banyak, untung berganda, ada simpanan.
  • Harga ejen dan stokis mudah dibetulkan.

Macam mana mereka boleh dapat perubahan positif ni? Apa usaha yang mereka buat untuk mencapainya?

Mereka semua join belajar Strategi Harga dengan kami. Memperkenalkan, KOSH!

[/text_block]

[text_block style=”style_1.png” align=”center” font_size=”17″ width=”600″]

“Menda KOSH ni?”

KOSH adalah singkatan Kursus Online Strategi Harga. Anda boleh join untuk belajar Strategi Harga secara online.

Jadi anda boleh belajar dari rumah atau di mana-mana yang ada internet. Selesa kan macam ni?

Konten KOSH adalah versi yang terkini. Lebih 80% konten terbaru ditambah baik hasil daripada respon dan kerjasama student Strategi Harga sebelum ini.

Anda akan diajar dengan 3 strategi harga yang boleh anda pilih untuk gunakan. 3 strategi harga ni jarang usahawan gunakan. Kalau anda guna, anda punya kelebihan.

Strategi-strategi ini pula disokong oleh lebih 30 taktik harga yang praktikal untuk anda amalkan. Tak perlu guna semua pun. Guna mana perlu je. Mudah.

Dengan ini anda akan dapat buat keputusan yang lebih baik dalam menggunakan harga sebagai strategi bisnes.

 

Ada orang pernah melawak dengan saya;

“Punca barang naik kat Malaysia ni ada 3. Pertama GST. Kedua minyak. Ketiga Umar.”

Sebenarnya KOSH bukan soal untuk naikkan harga dan tingkatkan keuntungan saja. Ia lebih daripada itu.

KOSH juga akan bantu anda untuk:

  • Tentukan harga satu produk kepada spesifik seorang pelanggan.
  • Tentukan harga pelbagai produk kepada ramai pelanggan.
  • Menjual kepada pelanggan yang tak suka dengan harga yang anda bagi.
  • Menjual kepada pelanggan yang tak nampak produk anda boleh membantu.
  • Menjual kepada pelanggan yang rasa tak berbaloi untuk beli produk anda.
  • Kenal pasti nilai yang anda jual kepada pelanggan.
  • Aktifkan pelanggan yang sudah lama menyepi dengan harga.
  • Tingkatkan margin untung pada setiap jualan.
  • Dapatkan keuntungan yang selama ini diabaikan.
  • Naikkan harga tapi pelanggan semakin suka dan senang hati untuk bayar.
  • Mengenakan harga yang berbeza kepada pelanggan yang berbeza.
  • Jual dengan harga berbeza untuk produk yang sama.
  • Lawan balik pesaing yang mulakan perang harga tanpa menjual murah.
  • Kira kos nyata dan tersembunyi yang selalu terlepas pandang.
  • dan banyak lagi.

[/text_block]

[text_block style=”style_1.png” align=”center” font_size=”17″ width=”600″]

 

Selepas anda daftar KOSH, anda akan diberi:

  • Online video. Ada lebih kurang 30 video. Tak banyak, tak sikit. Just nice.
  • Handout. Sambil tonton video, boleh gunakan handout ni untuk lebih faham dan tangkap apa yang disampaikan. Takdelah blur memanjang.
  • Lembaran kerja. Isi lembaran kerja ni dan hantar kepada saya. Saya akan semak supaya anda tak buat silap lagi.
  • Template. Isi-isi tempat kosong, keluar harga kos. Isi-isi tempat kosong, dapat idea nak jual berapa. Isi-isi tempat kosong, keluar harga jualan.
  • Online discussion. Saya akan buat sesi LIVE secara berkumpulan untuk selesaikan apa-apa isu yang masih bercelaru, apa-apa masalah yang baru timbul dan yang sewaktu dengannya.
  • Online support. Kami tak biarkan anda terkontang-kanting lepas dah daftar KOSH. Kalau ada tak paham boleh emel atau PM je kami.
  • Membership Access. Anda akan diberikan password khas untuk akses ke page ahli yang ekslusif.
  • Private Online Consulting. Anda dan saya akan ada sesi private online consulting selama 2 jam untuk kita cuba selesaikan apa-apa masalah harga dan bisnes anda. Sesuai untuk anda yang tinggal jauh dan nak jimatkan masa.
  • Face To Face Consulting. Anda dan saya akan ada sesi face to face consulting selama 2 jam untuk kita cuba selesaikan apa-apa masalah harga dan bisnes anda. Sesuai untuk anda yang boleh datang jumpa saya personally.

[/text_block]

Daftar Sekarang

[text_block style=”style_1.png” align=”left” font_size=”17″ left_padding=”165″ width=”600″]

 

Sebelum pergi lebih lanjut, eloklah saya kenalkan diri dulu. Nama saya Umar Taib. Pengasas Umarvellous. Kami telah bantu banyak bisnes untuk dapatkan lebih ramai pelanggan setiap hari. Kami telah mula berkongsi ilmu dan pengalaman bisnes sejak tahun 2010.

IMAG0859

Saya mempunyai buku-buku tentang bisnes yang boleh didapati di kedai buku Popular dan MPH.

 Saya pernah ditemuramah pihak Astro untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya di dalam bidang bisnes.

41

Ramai usahawan daripada Malaysia, Brunei dan Singapura telah menuntut ilmu daripada saya.

Saya juga menawarkan servis business consulting kepada para usahawan. Anda kena bayar RM500 sejam untuk dapatkan nasihat bisnes daripada saya.

Di bawah adalah antara ramai usahawan dan banyak bisnes yang telah saya bantu (dengan izin Allah) untuk dapatkan apa mereka mahu dengan menggunakan Strategi Harga.

[/text_block]

Memang berkesan. Customers tak berfikir panjang terus buat payment. Terima kasih kerana memberi saya panduan.

– Liza

Selepas gunakan panduan Strategi Harga, peningkatan prospek yang mesej saya dan close sale meningkat 36.7%.

– Nabil

Saya belajar kira kos yang sebenar melalui panduan tuan. Sebelum ni saya ingatkan kos 1 unit produk saya adalah RM2.

Rupanya kos sebenar adalah RM9.55. Patut la selama ni berniaga tak meningkat-meningkat.

– Muhammad Uwais

Nature bisnes saya ni sangatlah bergantung kepada kepandaian meletak harga tu. Silap letak, boleh bungkus bisnesnya.

Kalau pandai letak, boleh dapat untung besar dan untung tu bolehlah di’rolling’ balik sebagai modal ataupon bolehlah saya upgrade servis kepada customer saya.

Memang tak dinafikan panduan Strategi Harga tuan tu banyak membantu saya dalam hal ni.

Sheena

Sangat-sangat berbaloi kerana selepas saya baca panduan Strategi Harga baru saya tahu kiraan untuk mendapat margin untung yang sepatutnya.

Dulu main letak je harga. Sekarang dah tahu pengiraan untuk letak harga.

Malah saya dah tahu cara manipulasi fikiran customer untuk beli barang tanpa customer kisah pasal harga.

Muhammad Faris

Tuan Azhan

Tuan Azhan

Sejak baca taktik harga tu, banyak membantu sales saya.

Cik Zarina

Cik Zarina

Saya sudah berani meletakkan margin keuntungan yang lebih tinggi.

Tuan Azreen

Tuan Azreen

Selepas menaikkan harga, rupanya pelanggan tetap membeli juga.

Puan Rosaniza

Puan Rosaniza

Setelah membaca Panduan Strategi Harga, saya dalam proses revise semula harga-harga produk jualan saya.

Lepas dapatkan panduan harga ni saya dah tahu macam mana nak tetapkan harga untuk sebuah produk sebab sebelum ni saya cuma mark up ikut harga market yang diberikan supplier atau ganda dua atau 3 daripada harga kos.

Muhammad Nazmi

Berguna sangat. Baru dapat idea. Saya buat servis car detailing. So boleh bezakan harga untuk BMW dengan Proton padahal cuci kusyen sama jer.

Wandi

Alhamdulillah saya dah baca dan ada yang saya dah apply. Ada perubahan dari segi sales.

Mohd Noor

Dari kos-kos yang tak penah kira, semua saya buat kiraan sekarang supaya tahu letak harga yang paling sesuai untuk produk saya.

Abdul Halim

Tak rugi beli panduan ni. Inilah yang saya cari-cari selama ni. Nampak simple. Rupanya selama ni tersilap teknik.

Anies

Sangat membantu dalam menentukan harga diskaun. Sebelum ini main hentam keromo je letak harga.

Nurul Fazlee

Sebelum ini saya hanya cuma berani menaikkan harga sedikit demi sedikit untuk melihat respond customer terhadap harga tersebut. Kemudian selepas baca panduan Strategi Harga, saya menaikkan lagi harga. Tempahan masih juga banyak.

Mohd Pahmi

Tak merapu lagi dah bila nak tetapkan harga. Salah faham tentang cara kira untung rugi telah diperbetulkan dan paling penting konfiden untuk letakkan harga yang setara dengan nilai produk.

Ana Farhana

Setelah membaca panduan tersebut, rupanya selama ini saya silap dalam meletak harga. Ingatkan untung rupanya hanya dapat cover kos sahaja. Lebih teruk lagi, ada yang rugi, kos pun tak dapat cover.

Akma Aripin

Rupanya selama ni saya silap kira. Selama ni saya guna cara mark up rupanya.

Rogaiyah Hanafi

Daftar Sekarang

Ashraf Mokhtar

Ashraf Mokhtar

Saya rasa harga jualan yang saya letak lebih reasonable dan margin saya dapat cover overhead yang sepatutnya.

Azli Zulkifli

Azli Zulkifli

Saya tahu kos sebenar setiap sales dan berapa harga nak letak untuk capai margin keuntungan yang diperlukan.

Fatimah Razali

Fatimah Razali

Saya dapat pelajari suatu ilmu baru tentang harga. Seringkali berlegar-legar dalam kepala, bagaimana cara untuk saya menyenaraikan dan mengasingkan kos, harga jualan dan kos tersembunyi.

Nazrul Iriwan

Nazrul Iriwan

Sangat menarik kerana saya dapat mengetahui segala kos dan pengiraan harga dengan detail serta taktik-taktik pricing yang digunakan.

Aizudin Razilah

Aizudin Razilah

Saya baru berkesempatan membaca panduan Strategi Harga. Sangat terkejut banyak yang saya terlepas pandang. Patutlah sales tinggi, profit tak nampak. Tak sabar untuk baca part seterusnya. Terima kasih tuan untuk ilmu ini.

Wan Mohd Abzal

Wan Mohd Abzal

Alhamdulillah dan terima kasih atas ilmu yang dikongsikan Tuan Umar. Saya lebih yakin untuk memberikan nilai yang lebih baik kepada perkhidmatan saya dan mendapatkan bayaran yang setimpal dengan khidmat yang saya berikan.

Zuhairi Zamani

Zuhairi Zamani

Saya kini lebih yakin untuk letakkan harga yang betul sesuai dengan nilai yang saya berikan tanpa perlu takut orang lain turunkan harga. Alhamdulillah pelanggan masih boleh terima walaupun mungkin harga saya mahal sedikit. Ada peningkatan dalam jumlah sales.

Zainul Ariffin Jenul

Zainul Ariffin Jenul

Saya dapatkan panduan Strategi Harga sebab saya tak tahu berapa harga sesuai yang perlu diletakkan ke atas sesuatu produk dan servis. Sekarang alhamdulillah saya lebih jelas tentang harga.

Zulkifli Mustaffa

Zulkifli Mustaffa

Net profit semakin stabil.

Ghazali Hajiji

Ghazali Hajiji

Alhamdulillah bisnes semakin bagus dan jualan meningkat.

Mohd Fadley

Mohd Fadley

Saya rasa lebih jelas & yakin bagaimana cara untuk naikkan harga tanpa perlu risau penerimaan pelanggan.

Rafidah Musa

Rafidah Musa

Ianya agak mudah untuk difahami dan senang dibuat rujukan berkali-kali. 

Alhamdulillah ilmu yang diberikan sangat berguna. Saya dapat belajar cara yang terperinci kira kosBukannya hentam ikut market price.

Fitri

Dapat tahu banyak ‘hidden cost’ yang saya terlepas pandang. So bila dah baca panduan banyak benda dapat repair.

Nuraain

Ingat letak harga murah dapat la sales banyak dan dapat untung yang banyak. Tapi silap, penat nak layan karenah pelanggan semata-mata untung yang sedikit. Sekarang saya tidak takut lagi dengan persaing yang main perang harga. Alhamdulillah profit bertambah. Sekarang saya tidak risau lagi tentang masalah tiada modal pusingan.

Khairul Din

Susah dan tak berani nak letak harga mahal untuk produk yang saya jual. Takut dengan persaingan dan perang harga.

Tapi dengan formula dan info yang umar berikan tu memang berkesan. Sales saya nampak peningkatan dalam seminggu ni.

Azhan Karim

Saya merasa banyak kesilapan yang telah dibuat dalam penetapan harga produk. Tak heranlah walaupun ada sales tapi tak mencukupi untuk cover semua kos. Sekarang saya lagi mendalami teknik-teknik yang tuan umar ajarkan. Dan saya rasa lebih bersemangat untuk strategi saya seterusnya. Panduan tu saya dah print dan buat binding so senang nak buat revision.

Rosalyn Taha

Saya baru dapat teknik yang betul dalam menetapkan harga produk yang kami hasilkan. Selama ini kami cuma anggar ikut lebih kurang harga produk pesaing. Sebelum ni kami agak-agak je nak letak harga produk kami. Betul macam Tuan cerita kos-kos yang terlepas pandang. Ingatkan dah untung. Saya dah buat kiraan untuk menentukan harga yang saya letakkan itu tidak merugikan saya. Saya guna formula spreadsheet yang tuan Umar gunakan itu.

Mohd Iskandar

Alhamdulillah saya dah praktikkan strategi harga ni pada pakej dan iklan terbaru saya. Sebenarnya customer boleh bayar ikut harga yang kita tetapkan, selagi kita dapat yakinkan customer tentang value yang mereka akan dapat. Sebelum ni saya memang buang harga sebab nak dapat job dan bersaing dengan company lain. Tapi sebenarnya cara tu buatkan kita buang masa dan tenaga.

Betul dapat order tapi takde untung. Jika ada pun perlu cover kos-kos tersembunyi lain. Seolah macam buat kerja kebajikan. Niat yang baik pun tapi tak datangkan apa-apa pulangan lama-lama akan jadi rungutan. Jadi sekarang saya masih dalam proses menyemak semula harga-harga sebelum ni dan buat harga baru. Strategi Harga ni bagi saya panduan yang betul dan mendatangkan hasil.

– Yusniza Shaari

Zulham Haffendy

Walaupun dapat jualan tapi untungnya tak seberapa. Penat meniaga sahaja. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan Umar kerana menghasilkan panduan Strategi Harga. Ianya sangat sangat sangat membantu saya dalam menentukan harga pada sesuatu produk. Selepas baca panduan ini, saya tanpa ragu-ragu nak letakkan harga yang munasabah.

Zulham Haffendy

Syaizzal Yunus

Sesuai untuk yang baru bisnes tapi tak tau nak letak harga takut orang cantas takda sales bla bla bla dan jugak yang dah lama niaga tapi nak reconstruct harga untuk produk baru.

Cara nak lawan pesaing yang suka cantas harga pun ada. Yang paling penting, lepas baca amalkan terus.

Syaizzal Yunus

Zuraymi Yusuf

Selama 2 minggu praktik ilmu yang cikgu ajar ni, saya jadi lebih yakin untuk tetapkan harga produk dan lebih mudah untuk meyakinkan pelanggan.

Pengiraan tentang kos juga jadi lebih mudah, teratur dan terurus dengan kaedah yang cikgu kongsikan dengan saya hari tu.

Zuraymi Yusuf

[text_block style=”style_1.png” align=”center” font_size=”17″ width=”600″]

Soalan popular mengenai KOSH:

[/text_block]

  • q-iconBila KOSH akan mula dan tamat?

    Anda akan diberi akses ke member site. Kemudian boleh mula ikut masa anda. Akses diberikan sepanjang masa. Jadi anda boleh belajar ikut tempo anda sendiri.

  • q-iconKalau rasa KOSH tak berguna untuk saya?

    Anda boleh minta untuk wang dipulangkan dalam masa 90 hari. Cukup masa untuk anda belajar dulu dan amalkan sampai berhasil.

  • q-iconDi mana dan bila KOSH ni?

    KOSH ni kursus online. Anda akan belajar Strategi Harga secara online. Jadi boleh belajar di rumah atau mana-mana je yang anda internet. Ikut keselesaan anda nak belajar kat mana dan bila.

  • q-iconBerapa lama video-video KOSH ni?

    Video yang paling pendek selama 5 minit 55 saat. Video yang paling panjang 22 minit 30 saat. Kebanyakan video lebih kurang 10 minit je. Saya tak buat lebih dari 30 minit supaya anda tak buang masa dan dapat belajar dengan cepat.

  • q-iconMacam mana kalau saya perlukan bantuan?

    Anda hantar emel di hai@umarvellous.com atau PM je fan page Umarvellous. Kami sedia membantu.

  • q-iconBerapa yuran pendaftaran KOSH?

    Yuran KOSH ada 3 pakej. Jadi boleh pilih mana yang sesuai untuk anda. Klik sini sekarang untuk pilih.

Zafirah Majid

Sales RM450,000. Semuanya ikut tip Umar bagi. Dan rezeki Allah bagi. Saya usaha selebihnya Allah yang bagi.

Zafirah Majid

Daftar Sekarang

Tiada risiko. Jaminan wang dipulangkan 100%.

Jika selepas 90 hari anda amalkan segala ilmu yang diberi tetapi masih tidak dapat manfaat seperti yang anda harapkan, kami akan pulangkan wang anda 100%.

Saya mahu bantu anda. Sama-sama kita berdoa supaya usaha anda berjaya.

[op_liveeditor_element data-style=””][text_block style=”undefined” align=”left”]

Diuruskan oleh Umarvellous. PM kami di Facebook dengan klik di sini untuk sebarang pertanyaan. 

[/text_block][/op_liveeditor_element]

[op_liveeditor_elements][/op_liveeditor_elements]

Scroll to Top