[text_block style=”style_1.png” align=”left” font_size=”17″ left_padding=”100″ width=”700″]Apa nak buat bila pelanggan senyap lepas dapat tahu harga?
Pernah tak anda alami pengalaman ni?
Pelanggan tanya pasal harga. Lepas anda dah bagitahu, tiba-tiba dia senyap.
Mesti pernah kan?
Ramai peniaga tak faham kenapa jadi macam tu.
Ramai juga yang tak tahu apa nak buat lepas tu.
Antara sebab pelanggan senyap lepas tahu harga ialah mereka rasa harga tu tak berbaloi.
Kenapa mereka rasa tak berbaloi?
Sebab mereka tak tahu apa nilai yang akan mereka dapat dengan duit yang bakal dibelanjakan.
Jadi apa kena buat?
Tak salah untuk kita bagitahu harga kepada pelanggan.
Cuma jangan berhenti setakat itu saja.
Sambung dengan bina kepercayaan dengan mereka.
Pelanggan mudah membeli dengan orang yang mereka percaya.
Salah satu cara untuk bina kepercayaan adalah dengan bertanya soalan kepada pelanggan.
“Maaf ye puan saya tanya. Puan nak beli dress ni untuk diri sendiri atau orang lain? Kalau untuk puan sendiri, boleh saya tahu untuk majlis apa? Mungkin saya boleh cadangkan dress yang paling sesuai untuk majlis yang puan nak pergi tu.”
Tunjukkan yang anda ambil berat dengan pelanggan.
Jika pelanggan menjawab soalan tersebut, maka mereka telah mula buka pintu kepercayaan untuk kita.
Maka teruskan dengan beberapa soalan mudah lain lagi.
Kuatkan lagi rasa percaya pelanggan kepada anda.
Lepas tu baru mula cerita lanjut pasal produk.
Bagaimana produk ini boleh selesaikan masalah mereka.
Kenapa mereka perlu bayar dengan harga yang anda bagitahu.
Barulah mereka akan nampak yang harga tu berbaloi.[/text_block]
Nak pelanggan rasa yang harga jualan anda berbaloi dan terus bayar?
[op_liveeditor_element data-style=””][text_block style=”undefined” align=”left”]
Klik sini sekarang untuk buat pelanggan tak fikir panjang dan terus bayar!
[/text_block][/op_liveeditor_element]
[op_liveeditor_elements][/op_liveeditor_elements]