Macam mana nak jual barang harga mahal?

Berapa harga tudung termahal di dunia?

RM50,000! Keluaran sebuah syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive.

Tudung paling mahal di dunia itu menjadi milik seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 35 tahun.

Penjualan tudung tersebut telah memadamkan rekod jualan sehelai tudung mereka sebelum ini bernilai RM33,000 oleh seorang wanita dari Kelantan pada tahun lepas.

Kenapa mereka jual tudung semahal tu?

Saya pun tak tahu. Tapi saya tahu ada implikasinya apabila mereka jual tudung mahal tersebut.

Apa dia?

Tudung mereka yang lain harga puluh-puluh dan ratus-ratus laku macam goreng pisang panas.

Kalau saya tengok di laman jualan mereka, tudung-tudung tu yang jadi bestsellers.

Universiti Rutgers ada buat kajian. Bila kita letak produk lebih mahal sebelah produk mahal, produk mahal tu akan nampak lebih murah.

Katakan kita nak jual baju harga RM1,000.

Kita letak baju harga RM10,000 sebelah baju tu. Jadi baju harga RM1,000 senang nak jual.

Serius?

Seriuslah. Ini namanya taktik Price Anchoring.

Kebanyakan manusia akan bergantung kepada maklumat awal yang mereka dapat.

Apabila pelanggan tengok baju harga RM1,000 dulu, dia akan anggap harga tu normal.

Jadi apabila dia tengok pula baju seterusnya harga RM10,000, dia akan anggap harganya tak masuk akal.

“Eh baju tadi RM1,000 je. Baju ni sampai RM10,000? Rupa macam lebih kurang aku tengok. Baik beli baju tadi je.”

Jadi orang tetap beli walaupun sebenarnya mahal.

Saya bocorkan satu rahsia.

Saya ada guna taktik ni di Mudah.my.

Saya bagi contoh.

Saya buat 1 iklan produk X. Harga RM70.

Saya buat iklan ke 2 untuk produk X. Tapi harga RM100.

Tabiat prospek di Mudah.my dia akan bandingkan harga produk daripada banyak iklan.

Apa jadi bila dia bandingkan iklan produk X yang harga RM70 dan harga RM100?

Dia akan rasa RM70 lebih murah dan beli. Ini untuk pelanggan yang berkira pasal harga.

RM100 tu macam mana pula? Ini untuk pelanggan yang tak kisah pasal harga.

Pelanggan macam ni tak ramai, tapi tetap ada.

Dia tak kisah bayar lebih untuk nilai yang lebih. Untuk iklan ni saya ada beri gift-gift tambahan.

Pelanggan yang berkira pasal harga gembira dapat apa dia mampu bayar.

Pelanggan yang tak kisah pasal harga pun gembira dapat apa dia boleh bayar.

Buat pelanggan anda gembira dengan apa dia bayar. Maka harga mahal bukan isu besar lagi.

2 thoughts on “Macam mana nak jual barang harga mahal?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top